Sukan SEA 2019: Indonesia Adalah Lawan Paling Menyakitkan Hati – Park Hang-seo

“Mereka adalah pasukan yang paling menyakitkan hati dalam Sukan SEA kali ini,” tutur pengendali Vietnam, Park Hang-seo kepada pihak media mengenai pasukan Indonesia yang bakal ditentanginya di pentas final pada Selasa (esok).

Apa yang dimaksudkannya adalah, Indonesia memiliki barisan pemain yang bagus, baik di kesebelasan utama mahupun di bangku simpanan dan layak untuk berada di pentas akhir.

“Pemain utama dan simpanan mereka memiliki kualiti yang hampir sama. Mereka sangat layak untuk berada di perlawanan akhir.

“Kami sangat memahami bola sepak Indonesia. Sebelum ini, kami pernah menewaskan mereka di kelayakan Piala Dunia dan juga di kelayakan Kejohanan AFC B-23,” tambahnya yang turut berjaya menewaskan Garuda Muda dalam aksi kumpulan tempohari.

Vietnam menang 2-1 dalam aksi ketiga Kumpulan B hasil jaringan saat akhir pemain tengah, Nguyen Hoang Duc. Sebelum itu, Naga Emas ketinggalan seawal minit ke-23 menerusi jaringan Sani Rizky sebelum Nguyen Thanh Chung menyamakan kedudukan.

“Dalam aksi penentuan nanti, saya amat berharap yang Vietnam akan menewaskan Indonesia sekali lagi untuk meraih pingat emas,” ujarnya yang setakat ini belum pernah tewas kepada seteru Asia Tenggara sepanjang 25 perlawanan menentang pasukan ASEAN.

Vietnam berisiko kehilangan seorang lagi tonggak selepas Nguyen Quang Hai dihantar pulang apabila penjaring enam gol, Nguyen Tien Linh pula dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

“Dia [Nguyen Tien Linh] nampak tidak gembira apabila ditukarkan kerana masih mahu bermain. Tetapi saya perlu buat pertukaran tersebut,” jelas Park Hang-seo yang akan merujuk kepada pegawai perubatan pasukan mengenai situasi dan keadaan pemain itu.

“Kami akan bertemu Indonesia untuk memburu kejayaan selepas 60 tahun menanti. Kami semua memahaminya [impian penyokong] dan akan melakukan yang terbaik nanti,” tekad pengendali itu mengenai kejuaraan yang tidak kunjung tiba buat Vietnam.

Sejak Sukan SEA mula dianjurkan pada tahun 1959 di Bangkok, Vietnam belum pernah menjuarainya atas nama Vietnam tetapi memenanginya atas nama Vietnam Selatan pada edisi pertama.

Kali terakhir Vietnam melangkah ke final adalah pada edisi 2009, 10 tahun lalu, namun dikecewakan oleh Malaysia apabila tewas 0-1, hasil jaringan sendiri pertahanan, lima minit menuju wisel penamat.

Kredit Featured Image: Baomoi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN