Hari ini skuad bawah 22 tahun (B-22) negara akan memulakan aksi pertama kumpulan A bagi kejohanan Sukan SEA 2019 berdepan Myanmar di Stadium Memorial Rizal, Filipina.
Ketua Jurulatih skuad B-22, Datuk Ong Kim Swee dalam temubualnya bersama Sinar Harian memaklumkan, beliau berharap pemainnya dapat mempamerkan aksi cemerlang dan memungut tiga mata pertama pada petang ini.
Kemenangan sulung ternyata amat penting untuk mencerahkan peluang skuad negara ke peringkat separuh akhir. Bagaimanapun pengendali berusia 48 tahun itu memberi peringatan kepada anak buahnya agar berwaspada dengan cabaran Myanmar.
Sidang Media Prapertandingan Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina
Baca selanjutnya di https://t.co/2nSBDvfYOZ#FAM #HarimauMalaya #SEAGames2019 pic.twitter.com/xwJaT2YBcI
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 24, 2019
Pasukan Myanmar kini dibimbing oleh bekas Ketua Jurulatih Kelantan, Velizar Popov yang pernah mewarnai kancak bola sepak tempatan dalam saingan Liga Malaysia pada tahun 2016.
“Sudah tentu kami mencari keputusan positif dalam aksi esok (hari ini) namun kami tahu ia bukan mudah dan perlu bekerja keras untuk meraih kemenangan.
“Walaupun kami dianggap sebagai pasukan pilihan, namun ia bukan jaminan. Tidak kira pasukan mana yang kami hadapi dalam Kumpulan A ini kami perlu berikan yang terbaik sepanjang 90 minit perlawanan,” katanya.
Sementara itu, Kim Swee turut mengulas mengenai dua orang pemain senior yang dibenarkan untuk didaftarkan bersama pasukan. Menurutnya peraturan itu akan memberi impak positif kepada setiap pasukan yang bertanding.
Sesi Latihan Rasmi Skuad B-22 Kebangsaan di Manila
Skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee menjalani sesi latihan rasmi di Stadium Memorial Rizal tadi menjelang perlawanan pertama #SEAGames2019 esok bertemu Myanmar di venue yang sama.#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/hcthuWlwJ5
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 24, 2019
Tambah Kim Swee lagi, semua pasukan lain dalam kumpulan A iaitu Myanmar, Timor Leste, Filipina dan Kemboja tentunya mempunyai perancangan dan taktikal sendiri untuk merebut dua tempat di kedudukan teratas kumpulan.
“Kami akan fokus kepada permainan dan perlu konsisten bagi memastikan tempat ke peringkat seterusnya,” katanya lagi.