Sukan Olimpik: Mexico Kecewakan Jepun Perebutan Pingat Gangsa

Mexico mengecewakan tuan rumah, Jepun dengan kemenangan 3-1 sekaligus meraih pingat gangsa acara bola sepak lelaki di Stadium Nissan yang terletak di Yokohama sebentar tadi.

Gol babak pertama perlawanan melalui Francisco Cordova dan Johan Vasquez membenarkan El Tri menguasai perlawanan, sebelum Alexis Vega menambah gol ketiga Mexico selepas babak kedua bermula.

Skuad Samurai Biru hanya memperolehi gol sagu hati melalui jaringan lewat perlawanan Kaoru Mitoma.

Perlawanan ini ibarat perlawanan ulangan perebutan pingat gangsa pada Sukan Olimpik pada 1968 yang berlangsung di Mexico City, tetapi perlawanan pada ketika itu dimenangi oleh Jepun.

Mexico hadir ke perlawanan ini selepas tewas melalui penentuan sepakan penalti kepada Brazil, mendahului seawal minit ke-13 perlawanan setelah Vega dikasari oleh Wataru Endo.

Semakan VAR yang dilakukan kemudian menyaksikan pengadil perlawana menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Cordova.

Selepas gol pembukaan tersebut, giliran Cordova membantu menghasilkan assist apabola sepakan percumanya ditanduk masuk oleh Vasquez pada minit ke-22 perlawanan. Jaringan ketiga oleh Vega pada minit ke-58 perlawanan bermakna Jepun sukar untuk bangkit kembali.

Walaupun tewas, Jepun sempat mengerah penjaga gol Mexico, Guillermo Ochoa menampilkan aksu terbaik menyelamatkan percubaan Mitoma pada minit ke-75 perlawanan.

Jepun tidak berputus asa untuk memburu gol dan terus mengasak sebelum penyerang Kawasaki Frontale itu berjaya menyumbat gol sagu hati Jepun tiga minit kemudian.

Jepun yang beraksi baik sepanjang temasya Sukan Olimpik ini pasti kecewa menamatka kempen dengan tangan kosong. Jepun tampil sebagai satu-satunya pasukan yang menang semua perlawanan peringkat kumpulan sebelum tewas 0-1 kepada Sepanyol di separuh akhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN