Selepas Korea Selatan hari ini giliran satu lagi pasukan gergasi Asia iaitu Jepun telah dikejutkan oleh pasukan dari Asia Tenggara iaitu Vietnam.
Vietnam menjadi pasukan kedua Asia Tenggara mengejutkan gergasi daripada Asia Timur. Sebelum ini Malaysia menumpaskan Korea Selatan 2-1.
Vietnam menjaringkan gol awal dalam perlawanan ini dan berjaya bertahan untuk menang.
Perlawanan ini adalah untuk menentukan siapa juara kumpulan D.
Jaringan seawal minit ke-3 Vietnam dijaringkan oleh Nguyen Quang Hai. Gol itu disambut dengan gegak gempita oleh penyokong mereka yang berada di stadium.
Seminit kemudian pemain yang sama hampir menjaringkan gol sekali lagi. Namun berjaya dihalang oleh penjaga gol.
Hai menguji pintu gol Jepun sekali lagi menerusi sepakan percuma pada minit ke-20.
Jepun melakukan rotasi skuad yang sangat besar dalam perlawanan ini. Sebagai tambahan pasukan Jepun hanya membawa pasukan bawah 21 tahun mereka.
Pada separuh masa kedua mereka memperbaiki rentak permainan dan lebih banyak menyerang.
Penjaga gol Vietnam cemerlang mempertahankan gawang beliau. Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-0 memihak Vietnam.
Berikut adalah statistik perlawanan.
Kemenangan ini membolehkan Vietnam mengumpul sembilan mata penuh dalam perlawanan kumpulan D. Jepun di tangga kedua dengan mengutip 6 mata.
Tahniah untuk pasukan Vietnam di atas kemenangan bersejarah ini.
https://youtu.be/l7HFH9SeIvk