Sukan Asia 2018: Undian Semula Acara Bola Sepak Dilakukan Rabu Ini

Malaysia mengalami pelbagai perkara apabila dikaitkan dengan acara bola sepak di temasya Sukan Asia 2018.

Dengan isu domestik menyaksikan potensi untuk skuad muda negara tidak menghantar wakil itu ada, kini isu melibatkan penganjur juga ada berlaku ketika ini.

Gambar: FAM

Hal ini kerana, undian bagi peringkat kumpulan acara bola sepak akan dilakukan semula pada Rabu ini.

Menurut laman The Star, tujuan undian semula dilakukan adalah kerana 2 negara telah terlepas pandang oleh pihak penganjur semasa pengundian kali pertama dilakukan.

2 negara tersebut yang terlepas pandang adalah Palestin dan juga Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Malaysia sebelum ini telah pun diundi dalam kumpulan sukar apabila mereka ditempatkan dalam Kumpulan E bersama-sama Kyrgyzstan, Bahrain dan juga penyandang pingat emas acara tersebut – Korea Selatan.

ROSTOV-ON-DON, RUSSIA – JUNE 23: Son Heung-Min of Korea Republic celebrates after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group F match between Korea Republic and Mexico at Rostov Arena on June 23, 2018 in Rostov-on-Don, Russia. (Photo by Jan Kruger/Getty Images)

Undian semula bagi acara bola sepak Sukan Asia ini akan diadakan pada Rabu ini sekitar jam 3 petang.

Undian tersebut akan dilakukan di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur.

Hasil dari undian ini akan menyaksikan jumlah pasukan akan meningkat daripada 24 pasukan kepada 26 pasukan selepas ini.

Ia akan menjadikan 4 kumpulan terdiri daripada 4 negara dan 2 kumpulan yang mempunyai 5 negara di dalamnya.

Acara bola sepak Sukan Asia di Palembang akan bermula pada 18 Ogos sehingga 1 Ogos 2018.

Sukan Asia menggunakan format Sukan Olimpik di mana acara bola sepak dimainkan dengan pasukan B-23 dengan 3 pemain melebihi had umur tersebut turut dibenarkan beraksi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN