Sukan Asia 2018: Ong Kim Swee Yakin Skuad Malaysia B-23 Boleh Pergi Jauh

Datuk Ong Kim Swee

Semalam undian acara bola sepak Sukan Asia 2018 berlangsung di Jakarta yang menyaksikan skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) diundi dalam kumpulan E bersama Kyrgyzstan, Bahrain dan Korea Selatan.

Pengendali skuad negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui anak buahnya berdepan tugas berat dan akan menyediakan barisan terbaik untuk menghadapi temasya itu.

Bercakap kepada Berita Harian, tiga pasukan tersebut mempunyai kekuatan yang sama dan peluang mereka di temasya terbabit bergantung kepada barisan pemain yang dapat dihimpunkan untuk mengharungi temasya berkenaan.

“Tidak dinafikan ini adalah satu kumpulan yang cukup mencabar di mana kita diletakkan dengan juara bertahan serta pasukan Bahrain yang layak ke pusingan akhir Piala Asia tempoh hari dan Kyrgyzstan yang semakin bertambah baik di peringkat antarabangsa.

“Apapun, yang penting adalah kita harus fikirkan persiapan kita dan jika kita dapat kumpulkan pemain B-23 yang terbaik dan tiga pemain lebih umur, saya percaya kita mampu melangkah ke pusingan seterusnya.

“Jika sebaliknya, kita perlu berusaha dengan lebih gigih di mana sudah tentu semua pasukan khususnya Korea Selatan akan menurunkan barisan terbaik mereka pada Sukan Asia kali ini,” katanya.

Foto: Facebook FAM.

Acara bola sepak Sukan Asia 2018 di Indonesia dijadual berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September dan akan disertai 24 pasukan yang dibahagi kepada enam kumpulan.

Dalam majlis undian semalam, pasukan tuan rumah Indonesia diundi dalam Kumpulan A bersama Hong Kong, Laos dan Taiwan.

Juara empat kali Iran menge­tuai Kumpulan F bersama-sama Myanmar (juara edisi 1966 dan 1970), Korea Utara dan Arab Sa­udi, manakala Kumpulan B terdiri daripada Thailand, Uzbekistan, Qatar dan Bangladesh.

Dua lagi pasukan Asia Tenggara iaitu Vietnam diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun, Pakistan dan Nepal manakala Timor Leste diundi dalam Kumpulan C terdiri daripada gergasi Asia – China, Iraq dan Syria.

Mengikut format pertandi­ngan juara dan naib juara kumpulan serta empat pasukan terbaik di tempat ketiga kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati.

Korea Selatan tampil dengan reputasi yang tinggi bertepatan dengan status mereka sebagai juara bertahan dan juga pemenang pingat emas sebanyak empat kali temasya terbabit.

Kyrgyzstan pula berjaya mara ke pusingan 16 terbaik pada edisi 2014 namun tewas di 2-0 di tangan Jordan sementara Bahrain gagal melayakkan diri pada Sukan Asia 2014.

Pencapaian terbaik skuad negara pula meraih gangsa pada edisi 1962 dan 1974 namun edisi empat tahun lalu menyaksikan Malaysia sekadar menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga ketiga di belakang Korea Selatan dan Arab Saudi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN