Sukan Asia 2018: Ong Kim Swee Mungkin Akan Turunkan Barisan Kedua

Kerana sudah mengesahkan tiket ke pusingan 16 acara bola sepak Sukan Asia, skuad bawah 23 tahun negara bakal turun dengan barisan kedua pada aksi terakhir Kumpulan E  menentang Bahrain di Stadium Wibawa Mukti, Cikarang malam ini.

Pengendali pasukan, Datuk Ong Kim Swee itu menjelaskan rombakan barisan pemainnya adalah untuk beri peluang kepada pemain simpanan beraksi bukannya bermaksud mereka memandang rendah kepada keupayaan Bahrain.

“Saya tidak menafikan bakal melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama pada aksi menentang Bahrain tetapi saya percaya pemain yang diberi peluang nanti berupaya untuk meraih keputusan terbaik.

“Kami tidak boleh terus dibuai dengan kejayaan meraih kemenangan yang lepas kerana cabaran bakal diberikan oleh Bahrain sudah tentu berbeza dan saya percaya meraih tiga mata penuh dapat memberi motivasi lebih baik menjelang pu­singan kedua nanti,” katanya seperti dipetik dalam Kosmo.

Sesi latihan skuad negara semalam. FOTO: FAM

Malah, Kim Swee juga enggan terburu-buru memikirkan kekuatan lawan mereka pada peringkat 16 pasukan terbaik kerana apa yang penting adalah kesemua pemainnya bebas daripada kecederaan.

“Kita sudah beraksi dua perlawanan dalam tempoh dua hari dan saya mahu pemain-pemain berada pada tahap terbaik sebelum boleh memikirkan siapa lawan pada aksi kalah mati nanti,” katanya.

Skuad bola sepak negara mengesahkan tiket ke pusingan seterusnya lebih awal setelah mencatat dua kemenangan ke atas Korea Selatan dan Kyrgyzstan dalam kumpulan E.

Keputusan ke atas Bahrain malam ini tidak akan menjejaskan kedudukan Malaysia sebagai juara kumpulan dan akan bertemu Jepun di pusingan 16 pada 24 Ogos ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN