Sukan Asia 2018: Indonesia Laung Amaran Awal, Belasah Taiwan 4-0

Pasukan tuan rumah Sukan Asia 2018, Indonesia melaungkan amaran awal kepada lawan yang bakal berhadapan dengan mereka apabila membelasah Taiwan 4-0 dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan di Stadion Patriot Candrabhaga, Bekasi pada malam tadi.

Babak pertama perlawanan berakhir tanpa jaringan. Dan selepas itu pemain tengah menyerang berdarah Belanda, Stefano Lilipaly menunjukkan mengapa skuad Garuda wajar digeruni kali ini.

Hanya selepas 7 minit babak kedua bersambung, Lilipaly memecah kebuntuan apabila menanduk kencang sepakan percuma Febri Haryadi untuk Indonesia berada di hadapan.

Kemudia giliran Beto Goncalves untuk menjarakkan kedudukan selepas pemain lebih umur kelahiran Brazil itu menyempurnakan hantaran bijak oleh Lilipaly pada minit ke-71 perlawanan.

Lima minit selepas itu, Lilipaly sekali lagi menggamatkan penyokong yang hadir, apabila menkadikan kedudukan 3-0 dengan sepakan gunting yang cukup cantik, menuju ke penjuru bawah gawang.

Muhammad Hargianto kemudiannya melengkapkan kemenangan bergaya 4-0 Indonesia ke atas Taiwan melalui satu lagi jaringan di masa kecederaan.

Selesai perlawanan jurulatih Indonesia, Luis Milla mengakui aksi luar biasa Lilipaly yang menjadi pendukung utama kemenangan skuad Garuda dalam perlawanan ini, namun tetap menagih lebih banyak usaha dari pasukan secara keseluruhan untuk pergi lebih jauh dalam pertandingan ini.

Sumber: PSSI

Palestin kekal mendahului Kumpulan A dengan 4 mata selepas dua perlawanan, dan diikuti oleh Indonesia dan Hong Kong yang masing-masing sudah mengumpul 3 mata setakat ini.

Manakala skuad kebangsaan negara berada di Kumpulan E, dan bakal berhadapan dengan Kyrgyzstan dalam perlawanan pertama pada 15 Ogos depan.

Selain daripada Kyrgyzstan, anak buah Datuk Ong Kim Swee turut akan berhadapan dengan Korea Selatan pada 17 Ogos sebelum menutup saingan peringkat kumpulan menentang Bahrain tiga hari kemudian.

Perlawanan pertama menentang Kyrgystan dianggap sebagai perlawanan wajib menang bagi pasukan negara sekiranya ingin mara ke pusingan seterusnya.

Anak buah Datuk Ong Kim Swee tewas 2-1 kepada China, sebelum mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas UAE dalam dua perlawanan persahabatan sebelum terbang ke Jakarta.

Dalam keghairahan tuan rumah menganjurkan Sukan Asia, sudah tentu kita mengharapkan aspek keselamatan turut dipertingkatkan oleh tuan rumah.

Dalam dua kejohanan AFF peringkat umur melibatkan pasukan negara sebelum ini, aspek keselamatan adalah antara perkara yang merisaukan.

Selain daripada provokasi melampau yang dianggap menghina maruah negara, pemain-pemain negara turut berhadapan dengan balingan objek di perlawanan separuh akhir AFF B-19 yang lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN