Barcelona sekali lagi dimalukan di pertandingan UEFA Champions League, apabila tewas 3-0 kepada Benfica di Estadio da Luz dalam perlawanan pada awal pagi tadi.
Kekalahan tersebut bermakna pengurus pasukan semakin berada di dalam tekanan kerana skuad kendalian pengendali dari Belanda itu kini berada di kedudukan tercorot Kumpulan E tanpa sebarang mata.
Situasi genting Barcelona diakui oleh kapten pasukan, Sergio Busquet yang berpendapat segala-galanya tidak kelihatan baik buat gergasi Catalan itu.
…Ronald Koeman’s future doesn’t look good after this terrible performance. Crucial hours/days ahead. Xavi and Roberto Martinez both in Barça board list for days. #FCB pic.twitter.com/dw7y9fk448
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 29, 2021
Apa yang diharapkan ialah Barcelona mampu kekal positif menjelang dua pertemuan berturut-turut menentang Dynamo Kiev selepas ini untuk menghidupkan kembali peluang mara ke pusingan kalah mati pertandingan elit eropah itu.
Situasi terkini di Barcelona turut tidak dibantu oleh pengumuman terbaru oleh La Liga yang menyaksikan jumlah gaji siling di kelab tersebut terus dipotong.
Gaji siling dipotong
Situasi kewangan di Barcelona terus menjadi perhatian apabila La Liga mengumumkan jumlah gaji siling pasukan-pasukan yang bertanding di divisyen teratas bola sepak Sepanyol itu semalam.
Terkini, kelab dari Catalan itu hanya dibenarkan untuk berbelanja dengan had perbelanjaan sebanyak £85 juta sahaja. Jumlah tersebut meletakkan Barcelona di kedudukan ketujuh dari kalangan 20 pasukan yang bertanding pada musim ini.
Absolutely brutal salary cap projections for the next season. Barcelona with less than 100m to spend. pic.twitter.com/FcrLwPDLVR
— total Barça (@totalBarca) September 29, 2021
Real Madrid diberikan had pembayaran gaji yang jauh lebih tinggi, iaitu sebanyak £638 dan berada di ranking teratas di dalam senarai yang dikeluarkan oleh La Liga itu.
Langkah oleh La Liga itu adalah sebahagian daripada peraturan polisi kawalan ekonomi (ECP) yang diterapkan oleh La Liga untuk membendung kelab-kelab di Sepanyol berbelanja melebihi kemampuan masing-masing.
Polisi tersebut sebelum ini sudah pun memberikan kesan kepada Barcelona apabila gagal menyambung kontrak pemain bintang, Lionel Messi.
‼️Despite the measly €97m salary cap imposed by La Liga, Barcelona say they will be able to sign players in January if necessary and that there would be no problems in changing the coaching staff.
Via (🟡): @Marta_Ramon [rac1] pic.twitter.com/bMZ2Ai3pSo
— Barça Buzz (@Barca_Buzz) September 29, 2021
Sebagai perbandingan, kelab Liga Perdana Inggeris, Watford memiliki perbelanjaan gaji pemain yang lebih tinggi berbanding apa yang Barcelona mampu belanjakan selepas ini.
La Liga mengeluarkan had perbelanjaan gaji untuk musim ini pada Rabu lalu, dan tetap dengan pendirian tidak akan memberi sebarang keistimewaan kepada Barcelona.
Situasi meruncing Barcelona
Jumlah gaji siling atau had perbelanjaan untuk gaji di Barcelona telah menurun secara drastik sejak beberapa tahun yang lalu. Keadaan menjadi semakin parah selepas bola sepak turut terkesan dengan situasi pandemik yang melanda dunia.
Jumlah gaji siling di Barcelona sebelum ini adalah £580 juta pada musim 2018/19 pada musim terakhir mereka bergelar juara La Liga. Secara keseluruhan, Barcelona merekodkan penurunan drastik sebanyak £494.57 di dalam tempoh 24 bulan.
Kelab itu juga menanggung bebanan hutang melangkaui angka £1 billion.
Real Madrid sebaliknya dipuji oleh La Liga untuk kaedah pengurusan kewangan mereka. Los Blancos melepaskan pemain seperti Sergio Ramos dan Rapahel Varane pada musim panas lalu, tetapi masih berada di kedudukan kewangan yang kukuh walaupun pada fasa pandemik.