‘Sudah Raih RM941K’ – Berapa Juta Hadiah Kemenangan JDT Akan Kaut Daripada ACL 2022?

JDT kini sudah berjaya meraih USD100,000 (RM427,900) hadiah kemenangan selepas menewaskan Guangzhou FC dan Ulsan Hyundai di dalam aksi peringkat kumpulan AFC Champions League.

Jumlah ini tidak termasuk subsidi perjalanan yang diterima oleh setiap pasukan berjumlah USD60,000 (RM256,650) untuk setiap perlawanan.

Mengikut perkiraan, ini bermakna JDT akan menerima tidak kurang RM941,200 hasil daripada dua kemenangan dari dua perlawanan yang telah dilalui di dalam Kumpulan I setakat ini.

Hadiah kemenangan

Pertandingan AFC Champions League (ACL) dianggap sebagai pertandingan kelab elit paling mewah di Asia dengan agihan hadiah yang cukup lumayan.

Pusingan kelayakan dan play-off sahaja akan membenarkan pasukan terbabit menerima habuan sebanyak USD40,000 sebagai subsidi perjalanan.

Jumlah tersebut akan meningkat kepada USD60,000 untuk perlawanan peringkat kumpulan. Lebih menarik setiap keputusan menang dan seri turut akan mendapat habuan sebanyak USD50,000 dan USD10,000.

Secara matematik, semakin jauh sesebuah pasukan itu mampu mara di dalam pertandingan ini, maka semakin banyaklah hadiah wang kemenangan mampu diraih oleh kelab.

Juara dan naib juara pada musim ini pula akan menerima hadiah kemenangan USD4 juta (RM17.11 juta) dan USD2 juta (RM8.55 juta) masing-masing.

Berapa bakal JDT raih?

Seperti dikatakan tadi, setakat ini JDT telah meraih RM941,200 hasil dua kemenangan daripada dua perlawanan yang telah dilalui.

Berbaki empat perlawanan peringkat kumpulan, ini bermakna JDT sudah pasti akan menerima RM1.02 juta (USD60,000 x 4 baki perlawanan) di dalam bentuk subsidi perjalanan yang layak diterima setiap pasukan yang beraksi di peringkat kumpulan.

Walaupun tewas di dalam baki empat perlawanan selepas ini, JDT sudah mengesahkan akan menerima sebanyak RM1.96 juta.

Namun berdasarkan prestasi semasa, sukar membayangkan apa yang JDT mampu capai. Sasaran jaguh Liga Super itu pada musim ini ialah untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati.

Sekiranya berjaya berbuat demikian – yang merupakan sasaran realistik – JDT akan menerima tambahan USD160,000 (RM684,400) lagi.

JDT bakal berhadapan jaguh Jepun, Kawasaki Frontale dalam dua perlawanan berturut-turut pada 21 dan 24 April hadapan, sebelum menentang Guangzhou FC tiga hari kemudian.

Skuad Harimau Selatan bimbingan Benjamin Mora akan menutup saingan peringkat kumpulan berhadapan Ulsan Hyundai pada 30 April.

Berpakah hadiah kemenangan yang mampu diraih oleh JDT nanti?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN