‘Sudah Mula Panaskan Enjin’ – Arsenal Mahu Terbangkan Coutinho Ke Emirates

Coutinho Barcelona Arsenal Target 2020

Arsenal dikhabarkan telah mula melangkah dan menyertai Chelsea dalam perlumbaan untuk mendapatkan tandatangan pemain tengah Barcelona, Philippe Coutinho.

Selain Chelsea dan Arsenal, terdapat juga laporan yang Manchester United dan bekas kelabnya, Liverpool turut dalam pertimbangan untuk membawanya kembali ke English Premier League (EPL) untuk saingan musim yang akan datang.

Coutinho dipinjamkan ke Bayern Munich musim ini dan dijangka kelab Bundesliga itu tidak berminat untuk mendapatkannya secara tetap dan Barcelona pula terdesak memerlukan dana untuk menampung proses membida pemain-pemain baharu.

Sekembalinya ke Barca pada penghujung musim nanti daripada pinjamannya, Coutinho dijangka akan masih bergelut mendapat tempat dalam kesebelasan utama walaupun mereka sudah melantik pengurus baharu, Quique Setien.

Menurut laporan Le10 Sport, ia merupakan kehendak pengurus Arsenal, Mikel Arteta dan beliau melihat yang sekiranya The Gunners terlepas slot ke Champions League, skuad tersebut perlu bersedia untuk memburu pemain-pemain baharu.

Dan, pengurus muda itu mahu menjadikan bekas pemain tengah Liverpool itu sebagai fokus utamanya di jentera tengah dalam membentuk skuad yang lebih jitu.

Masih berbaki kontrak tiga tahun, perpindahan pemain berusia 27 tahun itu mungkin akan melibatkan nilai yang sangat tinggi dan Arteta dikatakan tiada masalah untuk berbelanja besar selepas ini bagi merealisasikan pembentukkan skuad impiannya.

Menyertai Barcelona sejak 2018, pemain skuad kebangsaan Brazil itu bergelut menempatkan diri dalam kesebelasan utama selepas melalui empat musim yang cemerlang di Liverpool dengan meledak 41 gol dalam 152 penampilan.

Bersama Barcelona, Coutinho telah meledak 21 gol dalam 76 penampilan dan sembilan gol dalam 32 penampilan bersama Bayern Munich pada musim ini.

Idea untuk kembali ke EPL mungkin tepat kerana sejarah cemerlangnya sebelum ini dan dengan Arteta mahu menjadikannya sebagai pemain utama di Arsenal, Coutinho mungkin tidak perlu berfikir panjang dan merealisasikan perpindahan tersebut.

Begitupun, ejen pemain tersebut, Kia Joorabchian pada minggu lalu memaklumkan belum ada sebarang tawaran terhadap pemainnya itu dan dengan dunia dilanda pandemik COVID-19 ketika ini, sudah tentu ia bukanlah mudah untuk dimuktamadkan.

KREDIT FEATURED IMAGE: FOOTBALL LONDON

Baca lagi artikel mengenai Mikel Arteta dan Philippe Coutinho:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN