Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh mengeluarkan analisis beliau tentang jaringan sendiri S. Kunanlan yang dibatalkan kera ofsaid.
Beliau juga memberitahu yang kesilapan pengadil menjadi berat kerana ia adalah perlawanan besar, separuh akhir Piala Malaysia.
Menurut Subkhiddin, Zaquan tidak ada memberikan tekanan kepada Kunanlan di dalam situasi tersebut dan berlari pada jarak yang agak jauh di belakang S. Kunanlan. Berikut adalah kenyataan beliau yang kami petik daripada Harian Metro:
“Pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) (S Kunanlan) mendapat tekanan daripada perasaannya sendiri untuk menghalang daripada bola terlepas ke pihak lawan iaitu pemain Perak (Zaquan) sedangkan Zaquan hanya bergerak tanpa menghalang sebarang perbuatan Kunanlan untuk memainkan bola.”
https://www.youtube.com/watch?v=wUJQiKLnLBo
“Pembantu pengadil tersalah tafsir apabila dia melihat Zaquan berada pada posisi ofsaid dan hampir dengan Kunanlan.”
“Begitulah realitinya pandangan yang bakal dilihat oleh pembantu pengadil dan berbeza dengan pandangan pengadil ataupun pembantu pengadil yang lain.”
“Dalam situasi itu, gol dijaringkan disebabkan kelemahan Kunanlan sendiri. Jadi, jaringan itu seharusnya dibenarkan dan permainan perlu diteruskan dengan sepak mula oleh pasukan Johor DT.”
Sukhiddin Salleh hanya menerangkan tafsiran sebenar dan beliau menerima bahawa agak sukar untuk pengadil membuat pengadilan dalam situasi perlawanan sebenar.
“Bagaimanapun, sukar untuk melihat situasi secara realiti di atas padang jika hendak dibandingkan dengan penilaian yang begitu mudah untuk ditafsir menerusi rakaman video sahaja.”
Jaringan sendiri S. Kunanlan ini jika dikira adalah gol penyamaan untuk Perak secara agregate dan juga peraturan jaringan tempat lawan.
JDT menang 3-0 dalam perlawanan tersebut dan mara ke final dengan agregate 4-1.
Sebelum ini kami ada mengeluarkan artikel tentang penilaian ke atas gol ofsaid tersebut. Anda boleh baca di sini:
Adakah Gol Zaquan Adha Ketika Separuh Akhir Ke-2 Piala Malaysia 2017 Dikira Ofsaid?
Sumber
Harian Metro – https://www.hmetro.com.my/arena/2017/10/275602/patut-gol-itu-dikira-subkhiddin