Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh telah mengumumkan perletakan jawatannya berkuatkuasa mulai hari ini menurut sumber daripada Sukan Sinar.
Difahamkan keputusan itu diambil selepas menerima kritikan dan kecaman daripada pelbagai pihak mengenai pemilihan Suresh Jayaraman sebagai pengadil perlawanan akhir Piala Malaysia sabtu lalu sehingga membabitkan ahli keluarganya.
Walaubagaimanapun, beliau masih belum menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika membuat pengumuman kepada pihak media.
‘Surat dah siap. Nak cari sampul dulu sebelum serah kepada FAM. ‘
EXCO FAM / Pengerusi JK Pengadil Subkhiddin Salleh letak jawatan.
Sebab ? Nadi Arena ada butiran. pic.twitter.com/NUX606qI9I
— FinaNasrom (@fnasrom) November 5, 2018
Mutu pengadilan perlawanan akhir Piala Malaysia menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan susulan prestasi buruk pengadil Suresh Jayaraman ketika mengendali perlawanan itu.
Malah, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid baru-baru ini mendesak Subkhiddin Mohd Salleh supaya bertanggungjawab dengan meletak jawatannya.
“Andai beliau (Subkhiddin) tidak mampu menjalankan tugas yang diamanahkan dan mahu menegakkan benang yang basah, saya fikir lebih baik beliau berundur daripada bersandiwara.
“Hal ini kerana jawatankuasa pengadilan yang diketuai oleh beliau tetap mempertahankan keupayaan Suresh mengendalikan aksi final walaupun hakikatnya pengadil dari Selangor itu melakukan banyak kesilapan selain keputusannya boleh dipertikaikan,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.
Subkhiddin sebelum ini menjelaskan pengadil tersebut sangat layak dan bukan dipilih semberono ataupun tangkap muat. Beliau memberitahu yang Suresh menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengadil FAM.
Antara kriteria diambil kira oleh Jawatankuasa pengadil FAM dalam pemilihan Suresh Jayaraman ialah:
– Kemampuan Suresh mengendalikan cabaran (tekanan) daripada kedua-dua pasukan. Beliau telah membuktikannya dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
– Suresh dipilih kerana Subkhiddin merasakan pengadil itu ada komitmen yang tinggi serta memiliki sikap untuk bersaing secara sihat di dalam usaha memajukan dirinya.
– Suresh Jayaraman ada pengalaman 2 tahun menjadi pengadil Liga Super dan sebelum ini menjadi pengadil Liga Premier yang juga merupakan salah satu daripada liga utama di Malaysia.
– Subkhiddin juga menyatakan mereka mahu mengketengahkan pengadil berbangsa India di pentas final selepas sekian lama tidak ada pengadil berbangsa India yang berketerampilan