Subahan Mahu Selangor Bermain Di Stadium Shah Alam Musim Depan

Stadium Shah Alam

Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal mahu kerajaan negeri Selangor khususnya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memanggil mereka untuk berbincang tentang penggunaan Stadium Shah Alam.

Bercakap kepada berita harian, beliau masih mengharapkan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi skuad Selangor untuk saingan Liga Super musim hadapan dan berharap keputusan itu akan diketahui dua minggu lagi.

“Orang akan membuat spekulasi mengenai ini (penggunaan stadium) kerana Selangor sepatutnya bermain di Stadium Shah Alam dan saya sendiri rasa tak logik kalau pasukan Selangor bermain di stadium lain kerana Red Giants sepatutnya bermain di Stadium Shah Alam.

“Kami masih berharap kerajaan negeri Selangor akan membenarkan kami menggunakan Stadium Shah Alam kerana penggunaan Stadium Shah Alam juga bukanlah secara percuma kerana kita pakai pun kita bayar,” katanya kepada wartawan berita harian.

Stadium Shah Alam dibuka pada 1994 merupakan bekas gelanggang rasmi Selangor.

Laporan akhbar tempatan sebelum ini mengatakan FAS bercadang menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai gelanggang rasmi selepas tidak mendapat persetujuan menggunakan Stadium Shah Alam bagi musim hadapan.

“Kita tengok negeri lain seperti Perak pun boleh menggunakan Stadium Shah Alam tetapi Selangor pula tidak dibenarkan, jadi saya masih berharap agar pihak berkenaan membuka minda dan tergerak hati membenarkan Selangor bermain di Stadium Shah Alam.

“Sama ada di Stadium Nasional, kami masih belum tahu lagi tetapi dalam dua minggu lagi kita akan tahu jawapannya dan maklumkan di mana kita bermain,” katanya.

Subahan berkata mereka tidak bercadang untuk menggunakan Stadium Selayang kerana kapasiti penonton yang boleh memuatkan 11,000 penonton sahaja berbanding Stadium Shah Alam yang boleh memuatkan 80,000 penonton kerana penjualan tiket turut menjadi penyumbang kepada sumber kewangan persatuan itu.

“Kami tidak mendapat sebarang peruntukan dan jika sebelum dua tahun lalu, kerajaan negeri memberi penutukan RM23-25 juta dan tiba-tiba peruntukan ditarik.Jika tak bantu beri peruntukan pun tak apa tapi sekurang-kurangnya berilah kami bermain di Stadium Shah Alam,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN