Penyokong Selangor: “Kami Tak Mahu Subahan Kamal Terajui FAS!”

Sejak akhir-akhir ini, nama Datuk Seri Subahan Kamal tiba-tiba saja muncul untuk menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang baharu.

Beliau kini dikatakan bakal menjadi wakil tunggal dan dijangka menang tanpa bertanding untuk kerusi tersebut yang ditinggalkan Datuk Seri Azmin Ali.

Tak layak

Nmaun begitu, sebaik sahaja mendengar nama Subahan bakal jadi presiden – penyokong Selangor terus panas telinga.

Mereka jelas tidak mahu seorang lagi ahli politik menyertai FAS dan mengetuainya.

Penyokong Selangor Alfadli Awaluddin memberitahu Sinar Harian yang Subahan merupakan individu yang tidak layak untuk menjadi presiden FAS.

“Kami mahukan muka baharu yang profesional, integriti tinggi dan komited untuk membangunkan bola sepak Selangor.”

“Dan semestinya kami mahu presiden FAS yang baharu meletakkan seluruh fokusnya kepada persatuan.”

Bola sepak Selangor sudah  pun  tenat.  Semua exco yang ada dalam FAS sekarang sudah pun gagal selepas melihat sendiri kejatuhan pasukan ini yang dulunya digeruni.”

Buat masa sekarang, hanya Subahan sahaja merupakan calon tunggal untuk kerusi presiden FAS. Dan beliau dijangka akan menang tanpa bertanding sekiranya tiada wakil lain.

Subahan kini merupakan presiden bagi Konfederasi Hoki Malaysia (HMC) pernah menjadi pengurus pasukan kebangsaan ketika menjadi juara Piala AFF 2010.

Ada calon lain?

Namun begitu, terdapat sebahagian kecil penyokong Selangor yang mahukan Tan Sri Karim Munisar sebagai presiden baharu FAS.

Tetapi siapakah beliau? Pasti ramai yang tidak kenal dengan beliau bukan?

Tan Sri Karim Munisar merupakan seorang individu yang berpengalaman dengan bola sepak Selangor terutamanya Piala Sultan Selangor.

Tan Sri Karim Munisar (dua dari kiri) merupakan pilihan sebahagian kecil penyokong Selangor.

Beliau merupakan pengerusi Piala Sultan Selangor selama 13 tahun berturut-turut serta merupakan bekas Datuk Bandar Petaling Jaya dan juga bekas presiden bagi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kelompok kecil penyokong Selangor ini mahukan beliau menjadi presiden barangkali kerana beliau tidak terikat dengan mana-mana pergerakan politik. Tapi mahukah anda?

Siapa yang layak menjadi presiden FAS? Nyatakan di ruangan komen.

Baca juga: Adakah Karl-Heinz Weigang Tidak Lagi Jadi Jurulatih Perak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN