Bintang Barcelona, Luis Suarez ternyata tidak gembira dengan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) di Sepanyol musim ini sambil menyifatkannya sebagai mengganggu kelancaran semulajadi permainan.
Sebaliknya, pemain kebangsaan Uruguay itu lebih gemar dengan penggunaan teknologi garisan gol kerana mampu membuat keputusan dengan lebih tepat.
Suarez menjaringkan gol ketika Barca menewaskan Huesca 8-2, Ahad lalu yang pada awalnya dibatalkan susulan ofsaid tetapi gol berkenaan kemudian disahkan selepas pengadil menggunakan VAR sekali gus menghilangkan keyakinannya terhadap sistem berkenaan.
“VAR menjejaskan keraian,” kata Suarez dalam satu temuramah di stesyen radio Sepanyol.
“Pertahanan kini meminta sesuatu dalam setiap masa.
“Saya lebih gemar penggunaan teknologi garisan gol. Dengan VAR, permainan ini boleh hilang sifat semulajadinya.
“Mungkin permainan bermula dengan kesalahan memegang bola secara tidak sengaja, kami melakukan serangan balas dan menjaringkan gol, kemudian mereka melihat kembali permainan itu dan membatalkannya.”
"When you have doubts, VAR takes away your adrenaline and desire to celebrate. It's a blow to your happiness."
– Luis Suárez. pic.twitter.com/cB75gpUzed
— PurelyFootball ℗ (@PurelyFootball) September 5, 2018
Sepanyol menyertai liga elit Eropah seperti Itali dan Jerman yang menggunakan VAR sekali pun tidak menggunakan sebarang teknologi musim lalu.
Pada musim lalu, Suarez dinafikan gol ketika perlawanan menentang Valencia sekali pun rakaman televisyen menunjukkan bola itu jelas melepasi garisan.
Liga Perdana Inggeris sudah menggunakan teknologi garisan gol sejak 2013 tetapi masih belum memperkenalkan VAR yang menerima pujian atas kejayaan penggunaannya di Piala Dunia 2018.
Mereka akan mengadakan sesi ujian VAR dalam perlawanan EPL yang akan berlangsung selepas rehat antarabangsa. Musim lalu beberapa perlawanan pertandingan piala telah menggunakan VAR. Tahun ini mereka akan menggunakan VAR lebih banyak dalam perlawanan Piala FA dan Piala Carabao.