Suarez Mengaku Haaland Kini Pemain Nombor 9 Terbaik Di Dunia

Penyerang baharu Manchester City, Erling Haaland terus menggegarkan dunia bola sepak dengan terbaharu beliau sekali lagi mencatat hatrik ketika berdepan Manchester United.

Menurut bekas pemain sensasi Liverpool iaitu Luis Suarez, beliau berpendapat tonggak utama City itu merupakan penyerang terbaik ketika ini di dunia menerusi Sport Bible.

Haaland telah pun mencatat hatrik buat kali ketiga pada awal musim ini dan terbaharu beliau merekodkannya sewaktu berdepan United ketika City menewaskan mereka dengan keputusan penuh 6-3.

Untuk rekod, setakat ini Haaland telah membawa pulang bola perlawanan sebanyak tiga kali menerusi lapan aksi beliau bersama pasukan dalam saingan liga.

Ia jelas menjadi sesuatu yang sangat hebat buat pemain ini untuk memulakan musim pertamanya dalam saingan English Premier League (EPL) bersama The Citizens.

Pada perlawanan tersebut juga, penyerang kebangsaan Norway ini bukan sahaja meledak tiga jaringan, malah Haaland turut menyumbang dua bantuan gol untuk membantu Phil Foden turut meraih hatrik.

Hasil tiga jaringan dan dua bantuan gol tersebut menjadikan Haaland menerima penilaian yang sempurna daripada L’Equipe pada malam yang gemilang tersebut.

John Terry selaku bekas pemain legenda Chelsea juga mengakui kehebatan Haaland ketika ini sambil menyatakan penyerang tersebut mungkin bakal jadi yang terbaik di England.

Walaupun ada berpendapat agak sukar untuk menentukan Haaland sebagai pemain yang sangat hebat ketika ini, menerusi penampilan semasanya bersama City cukup untuk menyatakan beliau berada dalam kelas tersendiri dalam dunia bola sepak kini.

Menerusi Instagram milik Haaland, Suarez yang pernah beraksi dalam saingan EPL bersama Liverpool juga memberi komen dengan menyatakan bintang muda tersebut merupakan pemain nombor sembilan terbaik ketika ini sambil mengucapkan tahniah.

“Tahniah diucapkan kepada sahabatku! suatu permainan yang sangat hebat untuk kamu! Pemain terbaik nombor sembilan ketika ini,” komen Suarez.

Suarez pastinya layak untuk memberi gelaran berkenaan kepada Haaland berdasarkan dirinya sendiri sebagai salah seorang penyerang terbaik yang pernah meledak 31 gol dalam satu musim bersama Liverpool.

Rekod itu ketika ini sudah pun dipecahkan oleh pemain kebangsaan Mesir yang beraksi bersama The Reds, Mo Salah.

Salah telah pun memintas rekod Suarez dengan 32 jaringan telah dihasilkan daripada 38 perlawanan telah dihadapi pemain tersebut.

Sementara City sedang menikmati saat terbaik mereka menerusi penyerang baharu tersebut yang sudah terbukti, nasib lain pula melanda Liverpool ketika ini menerusi pemain ditandatangani musim ini, Darwin Nunez.

Liverpool memecahkan rekod pembelian pemain baharu mereka untuk membawa bekas penyerang Benfica tersebut dalam saingan EPL.

Namun, impak yang diharapkan Nunez ketika ini dilihat serba tidak menjadi selain isu layangan kad merah kepadanya ketika berdepan Crystal Palace.

Nunez setakat ini hanya menjaringkan satu gol ketika terikat seri bersama Fulham dan masih lagi mencari rentak terbaik untuk membantu Liverpool di bahagian serangan mereka.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN