Suarez: “Saya Faham Mengapa Barcelona Cari Pemain Untuk Gantikan Saya”

Luis Suarez berkata beliau menerima hakikat bahawa Barcelona sedang mencari calon pengganti untuk beliau di Nou Camp. Ini kerana kelab tersebut harus bersedia sekiranya Suarez tidak lagi bersama mereka.

Suarez yang menjaringkan hatrik untuk membantu Barcelona menewaskan Real Madrid 5-1 pada hujung minggu lalu akan berusia 32 tahun pada Januari hadapan. Ini bermakna Barcelona harus mulai merancang untuk masa hadapan.

(Photo by Miquel Llop/NurPhoto via Getty Images)

Sebelum ini pemain antarabangsa Sepanyol, Paco Alcacer sukar mendapatkan tempat sejak dua musim lalu. Beliau telah menyertai Borussia Dortmund secara pinjaman dan kelab Bundesliga itu dilaporkan mahukan pemain itu secara tetap.

Munir El Haddadi adalah satu-satunya pemain penyerang di dalam skuad Ernesto Valverde selain daripada Suarez, dan kontrak beliau bersama Barcelona akan tamat pada penghujung musim ini.

Sumber kepada ESPN FC berkata walaupun Barcelona kini mahu terlebih dahulu menguatkan posisi lain di jendela perpindahan seterusnya, langkah mencari pemain yang sesuai untuk menggantikan Suarez sudah pun bermula.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

“Itu perkara biasa,” ujar Suarez yang memiliki kontrak sehingga 2021 di Nou Camp kepada Uruguay Sport 890 dalam satu temuramah.

“Pada usia saya dan apa yang dicapai di dalam karier, kritikan adalah perkara biasa. Apabila ada yang berkata Barcelona sedang mencari No.9 yang baru, saya berpendapat tidak ada perkara yang pelik mengenai itu.

“Sangat jelas kelab harus membawa pemain baru. Saya sudah berusia 31 tahun dan Barcelona harus mula memikirkan pengganti. Mereka sentiasa memerlukan seorang penyerang, bek kiri dan apa sahaja posisi lain,” ujar beliau.

Suarez menyertai Barcelona pada 2014 dan telah menjaringkan 150 gol di La Liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN