Suami Fasha Sandha Tampil Berbisa Di Saingan A Ligue

Suami kepada Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz nampaknya bukan sekadar hebat di pentas lakonan, namun hadir begitu berbisa di atas padang selaku pemain bola sepak.

Menerusi perkongsian daripada laman A Ligue, Aidil yang juga merupakan pelakon terkenal Malaysia setakat ini cemerlang meledak tujuh gol dalam saingan A Ligue Championship League A3 Community 2024 zon Kuala Lumpur.

Seperti diketahui, Aidil bakal menjadi antara watak utama bagi filem Harimau Malaya: The Untold Stories yang akan ditayangkan tidak lama lagi di sekitar pawagam negara.

Dalam filem tersebut turut menampilkan ramai pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Meerqeen, Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Amelia Henderson, Nam Ron, Bell Ngasri, Kavin Jay dan Douglas Lim.

Selain barisan artis diperkenalkan dalam trailer filem tersebut, kemunculan Faisal Halim pada penghujungnya menjadi kejutan buat ramai netizen di media sosial selain beberapa dialog turut dilontarkannya.

“5 jaringan Pelakon Aidil Abd Aziz, membuktikan beliau penyerang berbisa. Pelakon dan pemain He Medical Clinic FC mempamerkan magis menakjubkan, dengan membantu lima jaringan pada perlawanan minggu keempat A Ligue Champions League bertemu VI United FC.

“Aidil mengungguli kedudukan penjaring terbanyak terkini bagi kumpulan KL Centre dengan merekodkan tujuh jaringan di hadapan Muhammad Farhan daripada pasukan Obi and Friends dengan mengumpul enam jaringan.

“Aidil juga turut berlakon bagi filem terbaharu Harimau Malaya, arahan Dato afdlin shauki official, terbitan skop productions
yang akan mula ditayangkan pada 15 Ogos ini di pawagam seluruh Malaysia.

Daripada empat perlawanan telah diharungi, Aidil tidak menghadapi begitu banyak kesukaran untuk membuktikan sentuhan berbisanya di hadapan gawang menerusi tujuh jaringan secara keseluruhan.

Malah, pemain tersebut juga cemerlang meledak lima gol pada aksi terbaharu ketika kelab diwakilinya iaitu He Medical Clinic menewaskan VI United FC menerusi keputusan penuh 7-0.

Selain Aidil yang cemerlang meledak lima gol peribadi pada aksi tersebut, dua lagi rakan sepasukan beliau iaitu Harith Danish serta Adam Muhaimin masing-masing meraih satu jaringan.

Kemenangan itu kini meletakkan HE Clinic di tangga kedua dengan meraih 10 mata keseluruhan bagi mengekori rapat Asawa FC di kedudukan teratas.

Pada senarai penjaring terbanyak semasa pula menyaksikan Aidil cemerlang di kedudukan pertama menerusi tujuh jaringan diperoleh sambil diekori rapat Muhammad Farhan yang merupakan pemain Obi & Friends FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN