SU Agung KLFA: Kontrak Simon Elissetche Dengan KLFA Bukan KL United

Nokman-Mustaffa-KLFA-2021-Simon-Elissetche.
Kyogo thankful to his team-mates after netting twice at Ross County Loading official content
Kyogo thankful to his team-mates after netting twice at Ross County
Kyogo Furuhashi, Celtic’s goalscoring hero against Ross County, gave credit to his team-mates for creating the chances for him.
0 seconds of 38 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Raphinha's remarkable double in El Clásico
00:46
00:00
00:38
00:38
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Raphinha's remarkable double in El Clásico Ezzejjari opens his account for Madura United Dembélé seals PSG's victory over Saint-Etienne with a brace Highlights: FC Barcelona hammer Real Madrid 5-2 to win the Supercup Matheus Pato's first training after his return to Borneo Arne Slot believes first goal is important for Chiesa, but says: 'Let's not get carried away' Pitchside Angle: Matías Mier's debut goal for Barito Putera Ancelotti & Flick shake hands in front of the Spanish Supercup trophy Gabri Veiga scores from Firmino's brilliant assist Cristiano Ronaldo's first goal of 2025 Lihat lebih video Celtic FC di OneFootball

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa mempersoalkan tindakan Simon Elissetche yang menyaman KL United.

Memetik kenyataannya di Berita Harian, Nokman telah berkata, “Kalau kata dia ada perjanjian, maka perjanjian itu dengan KLFA dan bukan dengan KL United sebab KL United sudahpun diswastakan. Kita pun tidak pernah cakap yang dia ditolak.”

“Tiada masalah pun kalau kita ambil dia sebagai pengarah teknikal ataupun jurulatih skuad muda,” tegasnya sambil menekankan KL United tidak bersalah.

https://www.instagram.com/p/CKIOEcSFGWa/

Jelasnya, perjanjian Simon Elissetche bukanlah dengan pihak KL United, menjadikan perjanjian antara pihak KLFA dengan Simon Elissetche adalah masih sah. Ujarnya lagi, “Dulu kita tawarkan jadi jurulatih, tetapi sekarang KL United sudah diswastakan.”

“KLFA jadi persatuan negeri (FA), jadi tiada tempat untuk dia tetapi kita boleh cari tempat lain. Mungkin jurulatih bawah 21 tahun (B-21), B-22 atau pengarah teknikal, tengoklah pada keadaan,” ulas Nokman lagi mengenai situasi yang sedang hangat itu.

Semalam, Simon Elissetche bertindak menyaman KL United atas dua sebab iaitu kenyataan berunsur fitnah terhadapnya yang menyatakan lesennya tidak diiktiraf dan juga pelanggaran kontrak kerana kontrak difahamkan, sudah ditandatanganinya.

Nokman ketika diajukan lanjut mengenai saman tersebut, “Dia [patut] kena datang berbincanglah dengan kita. Sepatutnya kalau dia ada masalah, dia hubungi kita dahulu dan itulah yang sebetulnya kerana kontrak itu daripada KLFA dan bukan KL United.”

“[Saman] itu saya tidak tahu dan saya kena tanya peguam sama ada boleh pakai atau kalau dia mahu lawan, lawanlah. Saya tidak boleh mengulas lanjut sebab saya pun tidak tahu apa yang berlaku. Kalau dia mahu saman, biarlah.

“Kita pun boleh buat saman tetapi pada saya, salah. Sepatutnya datang berbincang dengan KLFA baru jumpa media. Jangan bincang kemudian sebab kalau sampai ke peguam, ada yang tidak kenalah,” tegas Nokman lagi mengenainya.

Begitupun, yang menjadi persoalan kini adalah, jika benar kontrak Simon Elissetche adalah dengan KLFA, mengapa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL United, Stanley Bernard mengeluarkan kenyataan yang lesennya tidak diiktiraf oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) ketika menjawab kepada persoalan pelantikan Bojan Hodak?

KREDIT FEATURED IMAGE: NSTP/Hasan Ismail

Baca lagi artikel lain mengenai Simon Elissetche dan KL United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN