Stuart Wilkin Idam ‘Robek’ Gawang India & Laos

Nama pemain tengah serangan Malaysia, Stuart Wilkin antara yang perlu diberi perhatian sebenarnya dalam kalangan peminat tempatan untuk skuad kebangsaan mengharungi dua aksi persahabatan tidak lama lagi.

Tanpa kehadiran Endrick dos Santos bersama kem kebangsaan kali ini, jelas posisi tengah serangan bakal menjadi keutamaan buat Wilkin yang terdahulu sudah menampilkan aksi cemerlang buat Harimau Malaya.

Daripada segi prestasi semasa, pemain Sabah ini menampilkan kualiti yang cukup baik bersama impak besar daripada segi penghasilan gol serta kreativiti daripada segi bentuk hantaran.

Amat sukar untuk menafikan Wilkin kini sebagai antara pemain tengah menyerang terbaik dalam negara dan disebabkan itu Pau Marti Vicente tidak teragak-agak untuk terus menyenaraikan nama beliau.

Bercakap mengenai Wilkin, rata-rata peminat mengetahui kualiti beliau daripada segi teknik sepakan jarak jauh tepat serta visi dalam membuat hantaran-hantaran berbahaya.

Maka, itu menjadi aset terbaik buat bintang berusia 26 tahun tersebut untuk berdepan India serta Laos beberapa hari sahaja lagi di pentas antarabangsa.

Malah, Wilkin sendiri mengakui momentum semasa beliau bersama kelab sebelum itu membantu dirinya daripada segi keyakinan untuk mempamerkan kualiti terbaik di atas padang bersama skuad Malaysia.

“Selepas kembali daripada kecederaan, saya rasa berada dalam keadaan yang terbaik, jadi saya harap dapat meneruskan keyakinan di peringkat kelab untuk membantu skuad negara.

“Saya mahu membuktikan bahawa saya mampu menyumbang gol ataupun mencipta jaringan. Ini antara perkara yang saya fikirkan untuk dua perlawanan ini.

“Setiap pemain ada kelebihan tersendiri jadi pada saya, saya kena tunjukkan yang saya boleh menjaringkan gol untuk kelab dan juga pasukan kebangsaan,” kata beliau menerusi perkongsian Berita Harian.

Untuk rekod, musim ini sahaja menyaksikan Wilkin sudah pun meledak tiga gol bersama empat bantuan jaringan bersama Sabah dalam saingan domestik.

Di pentas antarabangsa, nama Wilkin antara yang mendapat perhatian ramai selepas beliau muncul selaku antara aset berbisa bawah kendalian bekas jurulatih, Kim Pan-gon.

Empat gol daripada 21 penampilan beliau di pentas antarabangsa sudah pun direkodkan dan sudah tentu jumlah itu ingin ditambah pemain ini pada dua aksi hadapan.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN