Stuart Wilkin Anggap Korea Selatan Sebagai Ujian Besar Bakal Dihadapi Malaysia

Pemain tengah kebangsaan, Stuart Wilkin mengakui Malaysia bakal menghadapi aksi paling getir untuk saingan terakhir Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan E bertemu Korea Selatan.

Terdahulu Malaysia gagal untuk mengutip sebarang mata selepas mereka mencipta dua kekalahan berterusan di peringkat kumpulan kepada Jordan dan Bahrain.

Dua kekalahan itu menyaksikan misi mereka untuk cuba melayakkan diri ke pentas 16 terbaik sudah pun tertutup dan kini Malaysia bakal berdepan satu sahaja lagi perlawanan dalam saingan Piala Asia 2023.

Menentang Korea Selatan, ianya jelas bukan sesuatu perlu diambil ringan kerana pasukan tersebut mempunyai rantaian pemain berkualiti di segenap posisi.

Disebabkan itu Wilkin mahu para pemain negara mengambil pengajaran daripada dua kekalahan lalu untuk tampil lebih bersedia di berdepan Korea Selatan.

Jelas Wilkin, Korea Selatan merupakan sebuah pasukan yang memiliki kualiti cukup tinggi untuk dihadapi barisan skuad kebangsaan untuk aksi seterusnya itu.

Walaupun menyedari harapan untuk pasukan negara ke pusingan seterusnya sudah pun tertutup, Wilkin mahu rakan sepasukan beliau tampil konsisten dan tidak beraksi secara bersahaja.

“Kami mempunyai satu lagi perlawanan penting sebelum pulang ke Malaysia menentang Korea Selatan.

“Anda tahu ia akan menjadi ujian besar menentang pasukan berkualiti tinggi seperti Korea Selatan.

“Saya fikir dari perlawanan pertama hingga perlawanan kedua kami banyak belajar dan menunjukkan prestasi yang boleh dipelajari dan menambah baik beberapa perkara.

“Saya berharap kita boleh menggunakan kedua-dua perlawanan ini dan meletakkan prestasi yang lebih baik pada perlawanan terakhir dan dan mencubanya dengan baik,” kata Wilkin menerusi laporan telah dikeluarkan oleh Harian Metro.

Wilkin ketika ini boleh dikatakan menjadi antara pemain paling penting buat skuad kebangsaan dan sudah pun dibawa turun dalam semua perlawanan di Piala Asia 2023.

Walaupun skuad kebangsaan tampil dengan aksi tidak konsisten, impak diberikan oleh Wilkin terutama di posisi serangan utama negara jelas sangat dirasai sejak du perlawanan lalu.

Pastinya beliau akan menjadi pertaruhan penting buat Kim Pan-gon untuk aksi seterusnya ini membabitkan pasukan Harimau Malaya menentang cabaran Korea Selatan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN