Stuart Ramalingam: “Jangan Beli Tiket Daripada Ulat”

MFL

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam hari ini memberi amaran kepada para penyokong skuad Harimau Malaya agar tidak membeli dan memboikot tiket perlawanan separuh akhir 1 Piala Suzuki AFF daripada ulat tiket.

Menurut beliau, tindakan memboikot ini boleh membuatkan ulat tiket berkenaan mengalami kerugian, sekali gus mampu mengurangkan kegiatan ulat tiket untuk terus berleluasa pada perlawanan-perlawanan besar akan datang.

“Jika para penyokong terus dengan tabiat tidak kisah untuk berbelanja lebih membeli tiket yang telah digandakan harganya oleh ulat tiket ini, ia hanya akan membuatkan perkara ini akan berlanjutan dan tidak boleh dihapuskan sampai bila-bila.

“FAM sendiri turut akan mengambil langkah proaktif pada masa depan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam membasmi kegiatan ulat tiket ini daripada industri bola sepak negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Tindakan memboikot mampu mengawal kegiatan ulat tiket

Semalam, beberapa penyokong bola sepak tempatan pulang dengan hampa apabila gagal mendapatkan tiket perlawanan yang habis dijual tidak sampai satu jam di beberapa cawangan kedai sukan Al-Ikhsan.

Malah, mereka mendakwa ianya tidak masuk akal apabila 2000 tiket yang diperuntukkan untuk setiap cawangan itu telah habis selepas 10 minit jualan dibuka dan mempunyai kaitan dengan sikap tidak amanah pekerja tersebut yang menyorok stok tiket untuk kroni mereka.

https://twitter.com/MohdHazwannn/status/1067972347469062144

“Mungkin kita tak boleh untuk menghilangkan terus tetapi kita mampu untuk mengurangkannya dengan memboikot ulat tiket ini bermula dengan perlawanan Sabtu ini. Jika tiada permintaan, maka tiadalah penawaran.

“Sebagai panduan buat para penyokong, tiket bagi perlawanan Sabtu ini yang telah terjual kesemua 80,000 keping adalah berharga RM40 bagi tempat duduk grandstand, RM30 bagi tempat duduk terbuka dan RM5 bagi tiket kanak-kanak. Jadi, jangan bayar lebih!,” tegasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN