Stuart Ramalingam: “FAM Hormati KFA Walaupun Ada Kuasa Berikan SPN”

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menyatakan bahawa pihak mereka ada hak untuk memberikan Sijil Perpindahan Negeri (SPN) kepada Akhyar Rashid untuk pemain itu menyertai JDT.

Ini selepas KFA berkeras bahawa mereka tidak mahu memberikan pelepasan kepada Akhyar Rashid. Beberapa hari yang lalu pihak KFA menganggap Akhyar Rashid sebagai ponteng latihan.

Kemelut perpindahan melibatkan Akhyar Rashid ke JDT adalah antara yang paling kontroversi di dalam sejarah Liga Malaysia. Pihak JDT sudahpun mengumumkan pemain itu secara rasmi sebagai pemain mereka. Namun Kedah berkeras bahawa Akhyar Rashid masih lagi pemain pasukan Lang Merah itu.

Akhyar

Sebelum ini Kevin Ramalingam menyatakan pihak MFL sudah menghantar surat jemputan kepada pegawai KFA untuk menyelesaikan isu itu. Dalam kenyataan beliau, Kevin menyatakan tarikh 10 Januari adalah tarikh yang dipilih untuk MFL, KFA dan FAM duduk semeja membincangkan masalah itu.

KFA dalam proses membawa masalah itu ke mahkamah timbang tara sukan (CAS).

Stuart Ramalingam menyatakan FAM ada peruntukan dan kuasa untuk memberikan SPN kepada Akhyar Rashid namun mereka buat masa ini tidak mahu melangkaui KFA dalam isu itu. 

Bercakap kepada Harian Metro, Stuart berkata: “Memang FAM ada peruntukan untuk mengeluarkan SPN melalui proses tertentu. Namun [buat masa ini] kami tidak mahu melangkaui kuasa KFA.”

Beliau menyatakan bahawa FAM enggan meneguhkan lagi keadaan dan oleh sebab itulah mereka tidak mengeluarkan kenyataan tentang perkara itu.

Stuart mengesahkan bahawa FAM sudah menulis surat kepada KFA dan meminta mereka memilih tarikh untuk berjumpa bagi membincangkan masalah itu. Beliau menjangkakan perbincangan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Stuart menegaskan pihak FAM menghormati pandangan semua pihak. Oleh sebab itu FAM tidak menghalang KFA mengambil tindakan yang mereka rasakan perlu dalam isu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN