Stuart Pearce memberikan padangan secara peribadi mengenai perkembangan Raheem Sterling bersama pasukan kebangsaan yang kini sedang menjadi bualan hangat para peminat dan pemerhati bola sepak di seluruh dunia.
Pearce yang membuat 78 penampilan bersama England dan pernah menjadi pengurus sementara England pada 2012 berkata, beliau begitu kagum melihat perkembangan pemain muda seperti Sterling diperingkat antarabangsa pada ketika ini.
Bagaimanapun, beliau menilai tahap Sterling masih belum layak untuk dinamakan sebagai pemain berkelas dunia.
Semakin tenang
Sterling mencuri perhatian dalam beberapa bulan terakhir ini apabila beliau berjaya tampil cemerlang bersama kelab, Manchester City dengan kerap kali menjadikannya sebagai individu kepada penentu kemenangan pasukan.
Peningkatakan prestasi pemain berusia 24 tahun itu turut diteruskan di peringkat antarabangsa apabila berjaya mengumpul enam gol dalam empat penampilan terakhir bersama England.
Pearce yang juga bekas pengurus skuad England B-21 tentu sekali amat mengenali dan faham dengan perkembangan Sterling. Beliau antara individu yang membimbing Sterling dan menaikan nama pemain itu diperingkat lebih tertinggi.
“Saya pernah bekerja dengan dia [Raheem Sterling] bersama England B-21 dan saya selalu berfikir bahawa dia adalah pemuda yang sedikit belum cukup dewasa, itu wajar pada pemain yang masih muda di permainan ini,” kata Pearce menerusi Sky Sport.
“Namun, seiring dengan pengedaran waktu, setidaknya dengan dua tahun terakhir bersama England, dia dilihat nampak sangat tenang mengenakan jersi pasukan kebangsaan.”
Belum berkelas dunia
Walaupun terus menyokong perkembangan prestasi Sterling, Pearce juga mengakui bahawa Sterling masih belum layak untuk disebut sebagai salah satu pemain terbaik di dunia.
Baginya, beliau percaya Sterling masih perlu bekerja lebih keras dan belajar banyak perkara untuk untuk mencapai tahap tersebut.
“Menurut saya, masih ada sedikit hal lagi yang perlu dia lakukan untuk menjadi pemain berkelas dunia. Saya masih merasa bahawa ketika dia mendapatkan bola, dia seharusnya sudah mempunyai gambaran jelas apakah tindakan yang perlu dia lakukan.”
Tambahnya lagi, “Itu adalah tahap berikutnya yang harus dia capai. Tentu sahaja mencetak gol secara tetap untuk pasukan England juga adalah tahap lainnya yang harus dia temukan.”