Struktur Benteng Kedah Semakin Misteri, Dua Bek Kiri Turut Dilepaskan

Alif Yusof bek kiri Kedah 2019

Semakin misteri nampaknya bagaimana struktur benteng Kedah pada musim depan apabila dua bek kiri, Alif Yusof dan Norfiqrie Talib turut dilepaskan oleh pasukan.

Sebelum ini Semuanya BOLA ada mengeluarkan artikel, Pengganti Khairul Helmi Dikenal Pasti, Tapi Benteng Kedah Tetap ‘Bergelora’, apabila beberapa pemain pertahanan seperti Shakir Hamzah dan Khairul Helmi telah meninggalkan pasukan dan terdapat ura-ura yang ia juga akan melibatkan pertahanan tengah, Irfan Zakaria.

Dalam beberapa hari ini, laman Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) mengumumkan beberapa lagi pemain yang bakal meninggalkan pasukan dan sedikit mengejutkan apabila dua bek kiri – posisi meruncing, menyaksikan Alif Yusof dan Norfiqrie Talib turut menerima nasib yang sama, tidak disambungkan kontrak.

Pada musim lalu, pada awalnya, juara Piala FA 2019 itu meletakkan gandingan Rizal Ghazali-Renan Alves-Shakir Hamzah-Azmeer Yusof sebagai struktur benteng, sebelum ianya bertukar dengan Norfiqrie Talib menggantikan sementara kehilangan Azmeer Yusof yang memilih untuk menamatkan awal kontraknya bersama pasukan.

Pengendali, Aidil Sharin Sahak seterusnya menukar struktur benteng dengan meletakkan gandingan Rizal Ghazali-Renan Alves-Irfan Zakaria-Shakir Hamzah dan ianya digunakan sehingga ke penghujung musim. Hasilnya, mereka meraih naib juara Liga Super dan benteng yang kedua terbaik selepas Johor Darul Ta’zim (JDT).

Rizal Ghazali dan Renan Alves antara yang dimaklumkan akan dikekalkan, sementara Irfan Zakaria masih tidak diketahui sama ada beliau bakal kembali ke Kuala Lumpur ataupun tidak. Selain itu, kemasukkan pertahanan tengah Selangor, Rodney Calvin juga masih menjadi persoalan, dikatakan beliau akan dipinjamkan ke Kedah.

Selain Rizal dan Renan, kemungkinan Zulkhairi Zulkeply dan Loqman Hakim akan terus bersama pasukan. Jadi, menjadi persoalan kini, siapa yang bakal menjadi pengganti kepada pemain pertahanan yang telah meninggalkan pasukan? Mengikut perkhabaran sebelum ini, bekas pemain, Ariff Farhan Mat Isa akan kembali ke Alor Setar.

Ariff Farhan merupakan bek kanan yang juga boleh bermain di bek kiri dan posisi tengah. Mungkinkah beliau akan menjadi pilihan di bek kiri? Hanya Aidil Sharin yang mengetahui percaturan tersebut. Yang pasti, di dalam Malaysia, bek kiri adalah posisi yang paling sukar untuk mencari bakat tempatan bagi mengisinya.

Ataupun, kita bakal menyaksikan u-turn daripada bekas pemain mereka, Azmeer Yusof untuk kembali mengukuhkan kubu pertahanan Helang Merah musim hadapan?

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Baca lagi artikel mengenai Kedah:

Pengganti Khairul Helmi Dikenal Pasti, Tapi Benteng Kedah Tetap ‘Bergelora’

Mengapa Stefano Lilipaly Hangat Dikaitkan Perpindahan Ke Kedah?

Baddrol Bakhtiar: Jiwa Saya Masih Di Kedah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN