Strootman Berharap Rudiger Pemain Terakhir Keluar Kali Ini, Nainggolan Tidak Beri Jaminan

Antonio Rudiger sah menyertai Chelsea dengan nilai perpindahan £29 juta yang boleh mencecah £33.3 juta pada akhir musim ini berdasarkan klausa bonus merit persembahan.

Rudiger menjadi antara pemain penting dalam skuad AS Roma musim lalu untuk kembali semula ke UCL musim ini. Roma juga menyaingi Juventus dalam persaingan kejuaraan Serie A.

Antonio Rudiger menjadi pembelian pertama Antonio Conte dalam jendela perpindahan musim panas kali ini. Beberapa nama besar lagi masih dalam sasaran Chelsea.

Pemergian Rudiger ini pastinya menyedihkan ramai penyokong Roma yang sebelum ini mempertikaikan cara Monchi mengendalikan perpindahan pemain kali ini.

Roma melepaskan ramai pemain termasuk yang berstatus bintang.

Kevin Strootman antara pemain yang mengucapkan selamat tinggal menerusi akaun instagram beliau. Kevin Strootman berkata:

“Selamat maju jaya untuk ‘bro’ saya @toniruediger di kelab barunya.”

“Saya akan merindui pertarungan kita di pusat latihan, diskusi di bilik persalinan. Yang paling saya rindui adalah kelibat kamu di atas padang.”

Pada akhir status tersebut Strootman meletakkan ayat:

“PS, Saya harap ini adalah selamat tingga terakhir musim panas ini.”

Namun di ruangan komen, Radja Nainggolan membalas dengan nakal”

“Saya tidak tahu.”

Lantas ada peminat yang merasakan selepas ini mungkin ada pemain lain akan pergi. Ataupun giliran Radja Nainggolan pula. Radja Nainggolan adalah pemain yang dikehendaki oleh Luciano Spalletti di Inter Milan.

Mungkin juga Nainggolan menunjukkan rasa kecewa beliau dengan cara Roma mengendalikan perpindahan pemain kali ini?

Nainggolan adalah pemain yang terkenal dengan perwatakan lasak dan kemampuan melakukan gol dari luar kotak penalti ini, antara pemain terbaik di Serie A musim lalu.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN