Pemakaian ‘Strapping Tape’ dalam kalangan pemain bola sepak adalah perkara normal yang dapat kita saksikan.
Diperbuat daripada ‘Zinc Oxide’, strapping tape adalah pita kain nipis yang turut dilengkapi dengan pelekat (gam) pada satu sisi bahagian tape tersebut.
Ia bersikap tegap apabila tidak boleh dilenturkan dan juga mempunyai gam yang sangat kuat untuk bertahan lama pada tubuh seseorang bila memakainya.
Alat bantuan ini berfungsi sebagai salah satu kelengkapan bagi menghalang pergerakan sendi, melindungi dan meminimumkan kecederaan dan ianya juga bertindak untuk untuk mengelakkan anda dari mendapat sebarang kecederaan.
Dalam masa yang sama tape ini dapat menyekat atau dalam bahasa yang lebih difahami untuk ‘memegang’ anggota badan seperti pergelangan tangan, buku lali, lutut, bahu dan juga siku daripada mengalami kecederaan seperti terseliuh ketika anda sedang bermain bola sepak.
Untuk pemain bola sepak dan futsal kebanyakkan pemain mengenakan strapping tape ini pada pergelangan kaki, buku lalu dan juga lutut kerana anggota badan di bahagian tersebut memainkan peranan yang sangat aktif dan penting ketika beraksi.
Strapping tape ini juga menjadi kebiasaannya sebagai alat sokongan kepada pemain yang mengalami kecederaan untuk menjadikannya sebagai ‘pelindung’ kepada kecederaan yang dihadapi seseorang pemain itu. Ianya sangat sesuai sebagai langkah penjagaan buat anda.
Kesakitan masih lagi terasa namun, untuk jangka masa pendek strapping tape mampu utk memberi sokongan kepada ‘joint’ yang tercedera .
Diharapkan penerangan ringkas ini dapat memberikan info berguna buat anda dan juga para pemain itu sendiri. Ia bukanlah dipakai sebagai trend mahupun untuk bergaya di atas padang.
Kredit featured image: Real Madrid