Stoke City Terpaksa Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Liga Perdana Inggeris

Selepas sedekad bersaing dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Stoke City akhirnya tersingkir daripada kancah Liga Perdana Inggeris apabila tewas 1-2 di tangan Crystal Palace, malam tadi.

Lebih memeritkan kekalahan itu hadir biarpun mereka berjaya mendahului pihak lawan.

Skuad kendalian Paul Lambert berada di kedudukan kedua tercorot liga, tiga mata dipisahkan dengan zon selamat tetapi dengan hanya berbaki satu perlawanan, mereka terpaksa akur tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan.

Dengan Swansea City yang berada di kedudukan keempat dan Southampton ketiga terbawah liga akan membuat perhitungan pada aksi pertengahan minggu, ia adalah mustahil untuk Stoke mengutip mata mencukup daripada bagi mengelak penyingkiran.

Stoke menghabiskan 10 musim dalam saingan Liga Perdana Inggeris tetapi 13 perlawanan tanpa kemenangan menyaksikan mereka tidak mampu lagi bertahan musim ini.

Penjaga gol Stoke, Jack Butland menitiskan air mata sebaik wisel penamat dibunyikan dan kesedihan turut dirasai penyokong setia kelab berkenaan yang perlu menerima hakikat kelab kesayangan mereka tersingkir.

Kapten Stoke, Ryan Showcross mengakui pemain perlu menyalahkan diri sendiri di atas keputusan itu.

“Sudah pasti ia sukar, tetapi ia bukan hanya mengenai satu perlawanan. Ia adalah saingan sepanjang musim dan kami tidak cukup bagus sepanjang musim.

“Apa pun, semuanya terpulang kepada pemain,” katanya.

Sementara itu, Lambert berkata: “Emosi saya tidak menentu sekarang, ia adalah waktu yang sukar. Saya dapat rasakan apa yang dirasai oleh semua orang yang terbabit dengan kelab ini.

“Sejak kehadiran saya, pemain sudah memberikan semuanya, tetapi gagal. Ia adalah peluang untuk bangkit,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Xherdan Shaqiri yang menggangap pertemuan dengan Palace sebagai ‘perang’ meledak gol pertama buat Stoke pada minit ke-43 tetapi James McArthur menyamakan kedudukan menerusi jaringannya minit ke-68.

Patrick van Aanholt muncul wira Palace apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-86 sekali gus menyingkirkan Stoke daripada saingan Liga Perdana Inggeris.

Namun Aanholt memohon maaf kepada penyokong Stoke City kerana jaringannya itu menyingkirkan pasukan itu daripada beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim depan.

“Kebiasaanya saya suka meraikan jaringan saya tetapi kali ini saya mohon maaf kepada Stoke City dan penyokongnya. Saya harap jaringan saya tidak menyingkirkan anda tetapi saya yakin anda akan kembali. Kelab yang hebat dengan penyokong yang hebat” katanya melalui laman twitter rasminya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN