Steven Nzonzi yang menarik minat Arsenal dan Barcelona bagi mendapatkan khidmatnya memilih untuk menyertai kelab Itali, AS Roma.
Perpindahan bekas pemain Sevilla tersebut dilaporkan bernilai £27 juta dengan kontrak yang dimeterai selama empat tahun dan akan tamat pada 30 Jun 2022.
Nzonzi yang turut menganggotai skuad Piala Dunia Perancis yang menjuarai trofi tersebut di Rusia akan memakai jersi bernombor 42.
Bercakap kepada laman web rasmi AS Roma, Steven Nzonzi ternyata gembira dengan langkah baru dalam karier bola sepak beliau.
”Saya berasa sangat gembira untuk berada di sini dan menjadi pemain baharu buat Roma.”
It's official: World Cup winner Steven Nzonzi is an #ASRoma player! 💪 #DajeSteven pic.twitter.com/NGaS6uIv1Z
— AS Roma English (@ASRomaEN) August 14, 2018
”Saya sentiasa mahu memperbaiki aksi, tanpa mengira usia, yang paling penting adalah untuk menjadi pemain yang lebih baik dan membantu pasukan dengan gaya permainan dan pengalaman yang saya miliki.”
Nzonzi sebelum ini berpengalaman beraksi di England setelah menyarung jersi Blackburn Rovers serta Stoke City dan kemudiannya memilih haluan ke Sepanyol bagi beraksi bersama Sevilla sejak 2015.
Karier bersama Sevilla menyaksikan beliau berjaya membuka mata beberapa kelab utama dunia.
Steven Nzonzi juga berjaya membuat lima penampilan dalam saingan Piala Dunia 2018 dan turut dimasukkan pada perlawanan akhir bertemu Croatia.
Kredit foto: The Sun