Steve Mounie Mahu Cipta Legasi Tersendiri, Jadikan Didier Drogba Sebagai Idolanya

Penyerang Huddersfield Town, Steve Mounie mahu mencipta nama dan legasi beliau yang tersendiri ketika ada pihak yang cuba membuat perbandingan beliau dengan legenda Chelsea dari Ivory Coast, Didier Drogba.

Mounie yang direkrut Huddersfield Town awal musim ini adalah rekod pembelian kelab bernilai £11.5 juta. Sebelum ini beliau beraksi bersama Montpellier di Ligue 1.

Mounie membuktikan kualiti yang ada dalam dirinya apabila berjaya menjaringkan 2 gol pada perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menewaskan Crystal Palace yang turut merupakan penampilan sulung beliau dan Huddersfield dalam saingan EPL.

Aksi bertenaga pemain berusia 22 tahun itu telah membuatkan beliau telah dibandingkan dengan Drogba yang juga merupakan idola dalam bola sepak buat Mounie.

Namun, Mounie yang mengakui mahu mengikut jejak kecemerlangan legenda yang pernah mengecapi kegemilangan bersama Chelsea tersebut, ingin mencipta ‘sejarah tersendiri’ buat dirinya tanpa dibayangi kehebatan idolanya itu.

”Saya melihat aksi ramai pemain bola sepak, tetapi Drogba adalah yang terbaik,” Mounie memberitahu kepada Sky Sports menjelang perlawanan menentang West Ham United pagi nanti.

”Beliau (Drogba) pemain yang hebat dan saya jadikannya sebagai contoh buat saya. Saya cuba untuk mengikuti jejak langkahnya tetapi saya adalah Steve Mounie dan saya akan usaha untuk menempa sejarah saya sendiri.”

Huddersfield kini mengutip 7 mata tanpa sebarang kekalahan dan dibolosi selepas beraksi 3 perlawanan liga.

Keadaan yang membuatkan pengurus Huddersfield, David Wagner dianugerahkan sebagai ‘Pengurus Terbaik Bulan Ogos’.

Steve Mounie
HUDDERSFIELD, ENGLAND – AUGUST 20: Steve Mounie of Huddersfield Town wins a header over Mikel Merino of Newcastle United during the Premier League match between Huddersfield Town and Newcastle United at John Smith’s Stadium on August 20, 2017 in Huddersfield, England. (Photo by David Rogers/Getty Images)

Sebelum bermulanya saingan EPL, kelab ini merupakan antara calon hangat yang bakal kembali turun pangkat ke Liga Championship, namun dengan prestasi baik pada bulan Ogos melihatkan mereka mampu untuk bersaing untuk mengelakkan dari tersingkir kembali ke liga kedua tersebut.

Bagaimana pun, Steve Mounie tidak mahu terlalu terbuai dengan aksi meyakinkan itu dan mengatakan pencapaian itu masih terlalu awal untuk diraikan.

”Ia baru sahaja bermula, saya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik buat pasukan.”

”Ia merupakan permulaan yang hebat ketika menentang Crystal Palace tetapi itu hanyalah perlawanan pertama. Perjalanan liga masih panjang dan kami perlu berhati-hati.”

”Kami perlu memberikan aksi di tahap yang terbaik untuk menghadapi setiap perlawanan yang sukar dalam EPL. Jika mahu kekal dalam liga, kami perlu menjadi kuat pada setiap minggu.”

”Kami semua bersama. Terdapat persamaan yang hebat dalam pasukan ini. Ianya membantu kami dan kami juga telah melakukan persiapan awal.”

Sumber :

Sky Sports (2017)http://www.skysports.com/football/news/11740/11026100/steve-mounie-wants-to-create-his-own-history-amid-didier-drogba-comparisons

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN