Steve Darby: Bookie Akan Kembali Aktif Selepas Pandemik Ini

Steve Darby Kelantan

Apa yang berlaku ketika ini akan membawa kepada skandal mengatur perlawanan apabila Liga Malaysia kembali berlangsung semula, menurut Steve Darby.

Bekas pengendali Johor, Perak dan Kelantan itu berkata yang peluang begini memang sangat dinantikan oleh bookie. Dengan kehidupan pemain yang terdesak, mungkin kerana pemotongan gaji, akan digunakan untuk mendesak para pemain.

Dengan penularan pandemik COVID-19 dan penangguhan saingan liga ketika ini, terdapat pasukan yang sedang mempertimbangkan untuk memotong gaji pemain selain terdapat juga pasukan yang sudah beberapa bulan melalui masalah gaji.

Ketika ditemubual oleh Timesport, Steve Darby juga menceritakan apa yang berlaku kepadanya ketika mengendalikan Johor dan dia juga tidak mengetahui akan skandal itu ketika itu. “Ketika menang, anda rasa anda jurulatih yang hebat,” ujarnya.

Selain itu, menurutnya lagi, bookie juga mempunyai data dan maklumat sulit pasukan seperti gaji selain apa yang dilakukan oleh ahli keluarga anda pada sekian-sekian masa. Ini akan digunakan untuk menekan pemain dan mungkin juga jurulatih.

“Bookie mempunyai maklumat-maklumat sulit pasukan, ia merupakan kerja mereka. Sebagai contoh, mereka mengetahui gaji anda RM3000 sebulan atau majikan anda telah lewat membayar gaji anda untuk beberapa bulan,” ujar Steve Darby lagi.

“Dan mereka menawarkan kepada anda RM10,000 untuk membetulkan keadaan. Bila anda kata tidak, mereka akan tanya, adakah anak anda bersekolah di sekolah itu lagi atau adakah emak anda masih membeli-belah pada jam 10 pagi setiap Sabtu.

“Para pemain tiada pilihan selain untuk menerimanya. Dan apabila sekali anda telah mengambilnya, sudah pasti akan ada episod yang seterusnya. Walaupun tawarannya agak kecil, apa lagi yang anda boleh lakukan?” jelas Steve Darby lagi.

Menurut Steve Darby, skandal mengatur perlawanan sememangnya tidak akan dapat dihalang tetapi mungkin dengan mengambil beberapa langkah, ia akan dapat mengurangkan kes sebegini terutamanya daripada pihak pasukan yang diwakili.

“Bayar pemain mengikut masa yang sepatutnya. Kesempitan hidup adalah perkara yang akan digunakan oleh bookie untuk ‘cucuk jarum’. Ajar pemain mengenai bookie dan skandal atur perlawanan sejak daripada peringkat muda,” jelasnya lagi.

“Halalkan pertaruhan bola sepak di Malaysia dengan hasil daripadanya diberikan kepada orang susah ataupun untuk pembangunan akar umbi bola sepak dan tangkap dalang sebenar skandal mengatur perlawanan ini,” cadang Steve Darby.

KREDIT FEATURED IMAGE: AFF SUZUKI

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN