Sterling Cemerlang Bantu Manchester City Belasah Southampton 6-1

Pep Guardiola gembira dengan prestasi Raheem Sterling dan percaya pemain itu sudah tidak takut lagi di dalam padang. Guardiola berkata:”Beliau kini semakin berani berbanding dengan beliau ketika saya mulai tiba di sini. Ketika itu beliau takut membuat keputusan – tak tahu hendak hantar bola kepada siapa.”

2 gol Sterling antara yang menjadi perhatian media dalam kemenangan 6-1 Manchester City ke atas pasukan Southampton yang diuruskan oleh bekas pengurus mereka – Mark Hughes.

Manchester City hanya memerlukan 6 minit untuk berada di hadapan apabila Wesley Hoedt tertampan bola ke gawang sendiri – dalam usahanya untuk mengeluarkan bola percubaan Leroy Sane.

Aguero dan Silva menambah 2 lagi untuk Man. City selepas itu. Aguero menerima hantaran Sterling dan mudah menyempurnakannya.

Danny Ings kemudian menjaringkan gol pertama untuk meletakkan pasukannya 1-3 di belakang. Namun begitu pada masa kecederaan – Raheem Sterling memastikan pasukannya kembali dengan kelebihan 3 gol. Sterling menjaringkan gol ke-4 City sebelum wisel separuh masa pertama ditiup.

Pada separuh masa kedua, Raheem Sterling dan Leroy Sane memastikan Man. City meneruskan prestasi ‘free scoring’ mereka. Kedua-dua gol Sterling dalam perlawanan ini dicipta oleh Aguero.

Manchester City kini menang 8 daripada 9 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan. Jaringan Ings adalah yang pertama – Man. City bolos dalam 6 perlawanan.

Guardiola tetap meminta barisan pertahanannya untuk memperbaiki aspek bertahan mereka. Man. City kembali merajai tampuk liga selepas Liverpool sebelum ini berada di situ buat sementara.

Mark Hughes menanganggap pasukannya terlalu jauh bezanya dengan Man. City dari segi teknikal dan juga fizikal. Southampton kini berada di tangga ke-16 selepas 7 perlawanan tanpa sebarang kemenangan.

Manchester City akan berhadapan dengan Shaktar Donetsk dalam saingan UCL – diikuti aksi derbi Manchester – berhadapan dengan Manchester United pada Ahad. Manakala Southampton pula akan berhadapan dengan Watfrod di St. Mary.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN