Bintang Manchester Citu, Raheem Sterling kecewa kerana bintang Man City seolah olah dianaktirikan berbanding pemain pemain Liverpool, apabila berkaitan dengan anugerah peribadi.
Beliau berkata kepada AS: “Terutama sekali pada musim lalu, kami telah memenangi empat piala domestik, tetapi tidak seorang pun daripada kami yang memenangi Anugerah Pemain Terbaik PFA,” kata beliau kepada AS.
“Sebaliknya anugerah itu diberikan kepada pemain Liverpool iaitu Virgil van Dijk – yang turut menikmati musim yang cemerlang.”
“Namun lihat juga kepada musim yang sebelumnya. Di mana Yaya Toure menjaringkan 20 gol dari tengah. Dan beliau masih gagal untuk memenangi anugerah pemain terbaik tahunan.”
Raheem Sterling says Man City not 'treated with same respect' as Liverpoolhttps://t.co/lZ6b0hLgjl
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) February 21, 2020
“Begitu juga Sergio Aguero, beliau sudah bermain di sini lebih tujuh tahun dan menjaringkan banyak gol yang menakjubkan sepanjang kariernya.”
“Namun masih tiada pemain Man City memenanginya.”
“Agak mustahil untuk sebuah kelab yang memenangi empat kejuaraan liga, tetapi tiada seorang pun daripada pemainannya yang menang anugerah pemain terbaik tahunan.”
“Jadi, musim ini Liverpool akan menjuarai liga dan pemain mereka akan memenangi pemain terbaik tahunan – itu sudah pasti.
“Kami memenangi Liga sebanyak empat kali namun tidak dilayan dengan layanan yang sama seperti Liverpool.”
🗣️| Sterling on PFA:
“It was given to a Liverpool player Van Dijk that I think he had a fantastic season, but
It happened in previous seasons, when Touré scored 20 goals as midfielder. Or with Agüero, who has been here since 2011, scores incredible goals and has never won it. pic.twitter.com/XfRMWQJ8a0
— City Chief (@City_Chief) February 21, 2020
“Tahun pertama kami memenangi liga di bawah kendalian Pep Guardiola, Kevin De Bruyne sangat luar biasa. Namun malangnya mereka memberikan anugerah itu kepada pemain lain [N’Golo Kante].”
“Setiap tahun Kami menang piala major, masih juga mereka memberikan anugerah pemain terbaik tahunan kepada pemain daripada pasukan lain.”
“Perkara seperti itu tidak terletak di tangan kami dan kami harus terus meneruskan perjuangan.”
Tidak pasti apa yang cuba disampaikan Raheem Sterling. Ini kerana anugerah tahunan PFA itu adalah melibatkan undian di kalangan pemain di England yang berdaftar dengan PFA.