Musim ini merupakan satu musim yang cukup cemerlang buat Manchester City dalam saingan liga.
Persembahan yang diberikan mereka berada pada satu tahap yang lain berbanding 19 pasukan Premier League yang lain musim ini. Jadi tidak hairan mengapa mereka digelar juara liga.
Prestasi yang cukup hebat itu bukan sahaja terlihat dalam prestasi secara berpasukan, malah melibatkan persembahan secara individu juga.
Raheem Sterling merupakan antara pemain yang beraksi dengan cukup baik di bawah Pep Guardiola musim ini.
Beliau menjaringkan 22 gol musim dengan 17 daripadanya hadir ketika perlawanan Premier League.
Sterling turut mengakui Guardiola banyak mempertingkatkan permainan beliau sebagai pemain sejak pengurus itu tiba dari Bayern Munich.
Menurut Sterling, ketelitian Guardiola dalam taktikalnya membuatkan permainan Sterling itu sendiri meningkat.
“Segala ketelitian itu ada pada Guardiola itu sendiri.”
“Beliau akan memastikan kami memberikan hasil yang terbaik dalam segala hal termasuk perkara yang kecil untuk meningkatkan prestasi kami.”
Kata Sterling lagi, Guardiola merupakan antara pengurus yang terbaik di dunia ketika ini.
“Beliau merupakan antara pengurus terbaik di dunia ketika ini dan saya amat beruntung menjadi sebahagian daripada pasukannya.”
Dalam masa yang sama, Sterling juga mensasarkan untuk mencapai lebih banyak kejayaan bersama-sama Guardiola selepas menjulang Premier League dan juga EFL Cup musim ini.
“Musim ini merupakan gelaran Premier League pertama saya dan saya tidak kisah dengan macam mana saya memenanginya.”
“Sama ada di padang atau saya memenanginya di atas sofa, saya gembira dengan pencapaian saya.”
“Ia adalah keinginan saya untuk memenangi gelaran ini sejak kecil namun saya tidak boleh leka. Selepas memenangi satu kejuaraan, fokus perlu diarahkan ke kejuaraan yang lain pula.”