Sterling Bengang Dijadikan ‘Umpan’ Untuk City Dapatkan Kane

Raheem Sterling Manchester City

Tidak keterlaluan untuk mengatakan Raheem Sterling merupakan salah satu tunjang utama kepada kejayaan Manchester City dalam mendominasikan kejuaraan domestik di England untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagi pasukan yang memiliki kekuatan kewangan seperti City, bukanlah satu masalah untuk mereka menawarkan kontrak baharu kepada penyerang England tersebut.

Melihat kepada Kevin de Bruyne yang telah diberikan kontrak baharu dengan gaji £400,000 seminggu pada April lalu, Sterling juga sudah pasti mengharapkan beliau mendapat layanan yang sama di atas sumbangannya selama ini.

Sejak menyertai City pada 2015 dengan tag harga £49 juta, beliau telah menjaringkan 114 gol serta meraih pelbagai kejuaraan dan anugerah peribadi.

Pemain berusia 26 tahun itu juga merupakan satu-satunya pemain England yang telah menyumbang gol di kejohanan Euro 2020 yang masih berlangsung ketika ini.

Namun semua pencapaian itu bukanlah jaminan untuk Sterling kekal di Etihad untuk jangka masa panjang.

Ini selepas juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dilaporkan sedia menawarkan Sterling kepada Tottenham Hotspur sebagai sebahagian daripada pertukaran untuk mendapatkan Harry Kane.

Perkembangan itu tentunya menyebabkan Sterling naik darah, apatah lagi beliau juga sudah dikecewakan Pep Guardiola dengan kurangnya minit permainan sejak akhir-akhir ini.

Jurulatih dari Sepanyol itu dilihat lebih selesa untuk menurunkan Riyad Mahrez, Bernardo Silva dan pemain muda sedang meningkat naik Phil Phoden dalam kesebelasan utama pasukannya.

Beliau dilihat mula disisihkan dengan diletakkan di bangku simpanan ketika City menumpaskan Southampton pada Mac, tiga hari kemudian beliau diketepikan dari skuad yang berkunjung ke Fulham.

Dalam 15 perlawanan terakhir City, beliau hanya beraksi lapan perlawanan. Namun Guardiola membuat kejutan menurunkan dalam kesebelasan utama ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di mana mereka tewas 1-0 kepada Chelsea.

City kini berpendapat pemain kelahiran Jamaica itu boleh meninggalkan pasukan jika ditawarkan dengan harga yang bersesuaian. Nilai semasanya kini dianggarkan sekitar £80 juta.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Aymeric Laporte Kongsi Kisah Abaikan Perancis Untuk Jadi Pemain Naturalisasi Sepanyol

Messi Capai Persetujuan Kontrak Baharu Bersama Barcelona Sehingga 2023

Kecewa Hampa Kerana Tersingkir, Ronaldo Lempar Lilitan Lengan Kapten

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN