Stephen Hawking: Saintis & Cendiakiawan Yang Pernah Cipta Formula Kejayaan England Di Piala Dunia

Dalam salah satu muatnaik di laman media sosial twitter pada hari ini, Perdana Menteri Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Razak meluahkan perasaan sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga Stephen William Hawking.

Dalam kenyataan tersebut, Perdana Menteri dipetik sebagai berkata:

“Sedih untuk mengetahui salah seorang individu terbijak dunia, Professor Stephen Hawking telah meninggal dunia. Ia adalah kehilangan besar kepada komuniti sains, namun legasi beliau akan dikekalkan kepada generasi berikutnya. Takziah daripada saya kepada keluarga beliau.”

Perdana Menteri Malaysia bukan satu-satunya orang kenamaan dari seluruh dunia yang meluahkan rasa dukacita dan takziah terhadap pemergian Hawking.

Angkasawan, Tim Peake; Perdana Menteri India, Narendra Mondi; Presiden Kesatuan Eropah’ Donald Tusk dan agensi-agensi penting dunia seperti NASA turut tidak ketinggalan dalam merakamkan kesedihan yang turut tiba dari seluruh dunia.

Biografi: Professor Stephen Hawking

Siapakah Stephen Hawkings? Bagi mereka yang meminati bidang kosmologi dan Fizik, nama Stephen Hawkings tidak perlu diperkenalkan lagi.

Stephen Hawking dilahirkan pada 8 Januari 1942 di Oxford, England. Kebetulan atau tidak ia adalah tarikh kematian ilmuwan terkemuka dunia, Galileo Galilei 300 tahun sebelum itu.

(Photo credit should read DESIREE MARTIN/AFP/Getty Images)

Di bangku persekolahan, Hawking hanyalah pelajar yang biasa-biasa dengan markah peperiksaan yang sederhana. Menurut ibunya, Hawking sekadar menduduki kedudukan ketiga dari belakang ketika persekolahan peringkat rendah.

Pada umur 16 tahun, Hawking dan beberapa rakannya membina sebuah komputer menggunakan peralatan yang belum pernah digunapakai di zaman itu untuk menyelesaikan formula matematik yang belum sempurna.

B(Photo credit should read DESIREE MARTIN/AFP/Getty Images)

Di usia remaja, Hawking juga seorang yang gemar akan aktiviti seperti mendaki, menari, dan juga berdayung. Namun kecenderungan dan minat terhadap matematik dan ilmu kosmo sudah kelihatan sejak usia yang muda lagi.

Walaupun keluarga mahukan beliau menceburi bidang kedoktoran, Stephen menolak cadangan itu kerana taksub dengan ilmu matematik.

Oleh kerana Oxford tidak menawarkan pengkhususan di dalam bidang matematik pada ketika itu, minat Hawking kemudiannya terarah kepada ilmu fizik dan kosmo.

(Photo credit should read DESIREE MARTIN/AFP/Getty Images)

Menurut rakan-rakan, Stephen Hawking bukanlah seorang ulat buku seperti yang kebanyakkan fikirkan. Malah beliau hanya akan meluangkan masa tidak lebih sejam untuk memberi fokus kepada hal persekolahan dan pengajian di universiti.

Pada 1962, Stephen Hawking lulus pengajian di Universiti Oxford di dalam bidang Sains sebelum melanjutkan pelajaran di dalam bidang kosmo untuk pengajian peringkat Ph.D di Universiti Cambridge.

Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS)

Ketika masih menuntut di Oxford, Stephen menyedari dirinya mempunyai permasalahan dengan fizikal badannya. Akhirnya beliau disahkan mengidap penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) pada usia 22.

ALS ialah sejenis penyakit penurunan fungsi (degeneratif) pada sel saraf motor yang berpunca dari kerosakan pada sel saraf. Bahasa mudahnya ialah ianya sejenis penyakit neuron saraf.

(Photo by Santi Visalli/Getty Images)

Pada ketika itu, doktor yang merawat Stephen hanya memberi masa 2 sehingga 5 tahun untuk beliau terus hidup.

Penyakit tersebut telah menyebabkan beliau berkerusi roda untuk tampil di khalayak umum. Tetapi tahukah anda penyakit tersebut mengubah Stephen Hawking menjadi ilmuwan dunia seperti yang anda kenali pada hari ini?

(Photo by Gilles BASSIGNAC/Gamma-Rapho via Getty Images)

Sebelum disahkan menghidap ALS, Hawking tidak begitu fokus akan pelajarannya. Ketika menyedari dirinya tidak akan hidup lama untuk melanjutkan Ph.D, Stephen tidak mahu membuang masa dan mulai menekuni bidangnya serta melakukan penelitian.

Lambang dan simbolik dunia Sains

Prof Hawking adalah individu pertama yang membentangkan teori kosmologi sebagai kebersamaan relativiti dan mekanik kuantum

Di sudut lain, kebijaksanaan milik Stephen Hawkings boleh disamakan dengan apa yang dimiliki oleh Albert Einstein. Perwatakan mereka disamakan dengan gelaran genius, dan hidup bermantelkan dunia selebriti kerana tumpuan yang diberikan.

(Photo by Haydn West – PA Images/PA Images via Getty Images)

Antara hasil kerja beliau yang menarik perhatian dunia ialah penulisan dengan buku berjudul ‘A Brief History of Time’ yang dijual melangkaui 10 juta naskah di seluruh dunia.

Walaupun demikian, ia adalah buku paling laris, yang paling jarang dibaca. Ini berkemungkinan kerana buku tersebut sukar difahami.

Einstein memperkenalkan formula e = mc2. Tetapi berapa ramaikah yang memahaminya? Hasil kerja Hawking selalunya sukar untuk difahami dengan IQ biasa. Tetapi Hawking membantu dunia memahami kerja Einstein dengan mudah dengan menghuraikan asas dan permulaan pembentukan sesuatu perkara.

Antara teori Hawking yang diperakui dunia Sains ialah mengenai kelahiran alam semesta, lohong hitam, dan juga arah masa (direction of time).

(Photo by Pat Greenhouse/The Boston Globe via Getty Images)

Seorang ahli kosmologi Universiti Chicago, Michael Turner berkata:

“Stephen Hawking beerjaya menarik perhatian ramai orang dengan penemuan dan penjelasan yang beliau sampaikan.”

“Dan beliau melakukannya dengan cara yang luar biasa, menunjukkan nilai kemanusiaan yang tinggi walaupun terbatas pada kerusi roda akibat gangguan saraf degeneratif, ALS.

(Photo By Stephen McCarthy/Web Summit via Sportsfile via Getty Images)

“Perkara pertama ketika anda hadir ke pembentangan Stephen Hawking ialah penyakit dan kerusi roda beliau. Selepas itu, ia akan didominasi oleh ilmu Sains yang luar biasa.”

Walaupun ramai tidak boleh memahami 100% apa yang Stephen maksudkan pada setiap pembentangan yang disampaikan, tetapi ia telah memberi idea kepada logik yang peradaban manusia cuba rungkai selama ini.

Stephen Hawking dan bola sepak

Kerana minat terhadap matematik atau kerana sukan bola sepak? Tahukah anda Stephen Hawking pernah cuba membantu England untuk beraksi cemerlang di Piala Dunia 2014?

Professor Stephen Hawking pernah membentangkan:

“Sejak tamadun awal dunia, manusia sentiasa mahu memahami sesuatu perkara dan perkaitan yang tidak dapat dijelaskan. Manusia sentiasa dahagakan pemahaman akan hukum dunia yang tersembunyi”

“Begitu juga dengan Piala Dunia,” ujar Hawkings ketika memperkenalkan formula kejayaan England.

Menurut Hawking, lima faktor (perkaitan lain) yang perlu diambil kira untuk England berjaya di Brazil ialah persekitaran, fisiologi, psikologi, politik dan kepelbagaian taktik.

Hawking dipetik sebagai berkata dalam penjelasan beliau:

“Secara statistik, England lebih berpeluang untuk menang dengan jersi berwarna merah, dan seharusnya menggunakan formasi 4-3-3. Ahli psikologi Jerman berkata merah memberikan keyakinan, lantas menjadikan pasukan dilihat lebih agresif dan dominan oleh lawan.”

“4-3-3 ialah formasi yang lebih positif, dan ia memberi kelebihan psikologi kepada pemain dan pasukan.” jelass Hawking

Apa yang dikatakan oleh Hawking mungkin ada kebenarannya, mengambil kira corak permainan menyerang yang dipraktikkan di dalam taktikal bola sepak moden pada hari ini.

“Data yang dikumpul juga berkata peluang England lebih baik jika diadili oleh pengadil dari benua Eropah.”

“Ini kerana pengadil dari Eropah lebih bersimpati dengan pasukan England, berbanding ‘ballerinas’ seperti Luis Suarez,” tambah Hawking yang sempat mempersenda dan bergurau dengan menyebut nama bekas bintang Liverpool itu.

L(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)

“Seperti kebanyakkan haiwan, Three Lions juga adalah makhluk yang mempunyai kebiasaan (habit).”

“Beraksi lebih dekat dengan negara sendiri, mengurangkan impak negatif dari segi perubahan budaya dan masalah ‘jetlag’.

“Persekitaran turut memberi impak besar kepada peluang England. Peningkatan sehingga 5 darjah celcius cuaca akan mengurangkan peluang kemenangan sehingga 59%.”

(Photo by The FA/The FA via Getty Images)

“Tetapi England mempunyai peluang dua kali ganda untuk menang jika beraksi 500meter di bawah aras laut.”

“England juga mempunyai peluang tiga kali ganda untuk menang jika beraksi seperti waktu sepak mula liga di negara ini, iaitu 3pm,” jelas Hawking.

England tetap tersingkir

Walaupun dengan segala bantuan daripada Hawking, prestasi England tetap mengecewakan di Brazil.

Walaupun diadili pengadil daripada Eropah untuk perlawanan menentang Itali dan Uruguay, England tetap tewas dua perlawanan peringkat kumpulan tersebut sebelum mencuri satu mata ketika menentang Costa Rica dalam perlawanan yang diadili oleh Djamel Haimoudi daripada Algeria.

E(Photo by Mike Egerton/PA Images via Getty Images)

Faktor Brazil sebagai tuan rumah juga tidak membantu. Begitu juga jersi putih yang digunapakai oleh skuad kendalian Roy Hodgson sepanjang tiga perlawanan sebelum pulang awal kerana gagal layak ke pusingan seterusnya.

Rumusan

Professor Stephen William Hawking meninggal dunia pada usia 76 tahun di kediamannya di Cambridge, England pada awal pagi hari ini.

Hidup Hawking penuh dengan keajaiban. Bukan sahaja kerana kebijaksanaan. Untuk hidup lebih lima dekad melangkaui jangkaan pakar perubatan selepas disahkan menghidap ALS itu sendiri adalah magis.

Nama Stephen William Hawking pasti akan dikenang sebagai salah seorang ahli cendiakiawan , saintis dan ilmuwan.

Lebih daripada itu, hasil pengajian dan penemuan beliau akan terus menjadi legasi kepada peradaban dan tamadun dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN