Steinbruckner Anggap Selangor Miliki Kualiti Permainan Hampir Seperti JDT

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner mengakui kualiti permainan ditampilkan oleh pasukan lawan iaitu Selangor menyamai kelab gergasi Asia Tenggara, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pandangan itu diluahkan oleh Steinbruckner selepas beliau bersama anak-anak buahnya merasai sendiri kesukaran ketika menghadapi The Red Giants terdahulu bagi saingan separuh akhir pertama Piala FA 2024/2025.

Pada aksi tersebut, Sang Penyu berjaya meraih kemenangan tipis 3-2 ketika mengatasi skuad kendalian Nidzam Jamil di laman sendiri iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) bersama puluhan ribu penyokong menyaksikannya.

Walaupun berjaya meraih kemenangan, Terengganu dipaksa berhempas pulas sepanjang perlawanan tersebut selain penguasaan jelas lebih memihak kepada pasukan lawan.

Malah Steinbruckner sendiri menyifatkan kemenangan tersebut sangat bermakna buat mereka selepas dipaksa berhempas pulas sehingga ke wisel penamat.

Menurut pengendali dari Croatia itu, corak menyerang ditampilkan pelawat menyebabkan barisan pemain Sang Penyu memiliki kesukaran untuk bergerak dengan lebih bebas terutama di awal separuh masa pertama.

Malah Steinbruckner sedikit kecewa dengan kelalaian anak-anak buahnya yang kehilangan fokus sehingga membenarkan Selangor meraih dua gol pada aksi tersebut.

“Saya akui pemain tidak bertahan sebagaimana yang kami harapkan terutama selepas kita mendahului dengan dua jaringan hampir penghujung babak pertama.

“Bagaimanapun saya perlu bercakap jujur pada separuh masa pertama permainan pasukan lawan beraksi dengan baik dengan kerap mengancam kubu gol kami, pasukan lawan juga bagus hampir sama dengan Johor dan kami, mereka berhak mendapat satu jaringan pada akhir babak pertama.

“Malah pada awal babak kedua skuad lawan berjaya menyamakan kedudukan sekali gus memberi kebimbangan kepada saya, tapi dengan perubahan permainan dan pertukaran pemain, kami berjaya mengimbangi lawan dan seterusnya berjaya mencipta gol ketiga pasukan,” kata pengendali tersebut menerusi Berita Harian.

Sepanjang aksi berlangsung, Terengganu terlebih dahulu meraih dua gol menerusi bintang Harimau Malaya iaitu Safawi Rasid serta Nurillo Tukhtasinov untuk memberi kegembiraan buat penyokong tuan rumah.

Enggan mengalah, Selangor kembali bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain sayap lincah iaitu Alvin Fortes bersama Noor Al Rawabdeh untuk terus menghidupkan suasana perlawanan.

Kehadiran penyerang import berbisa Sang Penyu iaitu Ismaheel Akinade berjaya memastikan tuan rumah untuk mengakhiri aksi separuh akhir pertama dengan kemenangan, apabila beliau meledak jaringan terakhir.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN