Status Yusri Che Lah Sebagai Pengendali Kelantan Akan Diketahui Minggu Depan

Status Yusri Che Lah sebagai jurulatih Kelantan akan diketahui pada hari isnin minggu hadapan selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengesahkan akan mengadakan pertemuan dengan bekas jurulatih Perlis itu bagi membincangkan mengenai kontraknya.

Perkara tersebut disahkan oleh Presiden Kafa Bibi Ramjani Ilias Khan menerusi satu kenyataan di Utusan Malaysia hari ini.

Bibi Ramjani berkata, segala keputusan yang akan dibuat bergantung kepada bajet dan status kewangan pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

“Sebarang keputusan perlu diambil dengan mengira pelbagai faktor khususnya bajet pasukan untuk mengharungi musim depan,” katanya.

Baru-baru ini timbul khabar angin mengatakan Yusri Che Lah akan berhijrah ke Kuala Lumpur musim depan. Difahamkan, kontrak bekas kapten Perlis itu dengan TRW akan tamat hujung bulan ini dan TRW juga sedang mencari jurulatih import.

Musim ini Yusri berjaya membawa Kelantan layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia setelah pasukan itu dilanda kemerosotan prestasi dalam saingan Liga Super dan turut disahkan tersingkir ke Liga Premier musim depan.

Yusri Che Lah merupakan bekas pemain yang berpengalaman luas di peringkat domestik dan antarabangsa. Sebagai jurulatih, beliau pernah membawa pasukan Perlis kembali ke Liga Premier pada musim 2016 apabila muncul naib juara Liga FAM 2015.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN