Status Kelayakan Renan Alves Beraksi Di Perlawanan Akhir Piala FA Terus Jadi Tanda Tanya

Status kelayakkan Renan Alves untuk beraksi di perlawanan akhir Piala FA terus menjadi tanda tanya terutama di kalangan penyokong.

Walaupun sebelum ini Malaysian Football League (MFL) mengesahkan pemain import Kedah itu harus menjalani hukuman gantung satu perlawanan – akibat dilayangkan kad merah – dalam perlawanan Liga Super menentang Felda United sebelum ini, keputusan tersebut terus menjadi tanda tanya sekiranya rujukan terhadap perlawanan-perlawanan terdahulu pada musim ini dijadikan rujukan.

Melalui perkongsian oleh Zuraimi Zukri, salah seorang peminat bola sepak tempatan juga seorang penulis bebas, beliau menyatakan kehairanannya mengenai peraturan yang dikenakan terhadap Renan, tetapi peraturan lain terhadap pemain Selangor Nuridzuan Abu Hassan.

Bagus juga Kedah buat rayuan pasal Renan Alves ni. Bukan merayu sebab final tapi cabar kelompongan peraturan.

Sebab…

Posted by Zuraimi Zukri on Wednesday, July 24, 2019

Untuk rekod, Nuridzuan telah menerima dua layangan kad kuning, iaitu bersamaan dengan satu layangan kad merah dalam perlawanan Liga Super menentang Perak pada 12 April lalu.

Selang empat hari kemudian, pemain yang sama masih dibenarkan untuk beraksi untuk Selangor apabila tampil sebagai pemain gantian di pertandingan Piala FA menentang Felda United.

Semakan kami, melalui rekod perlawanan lalu ternyata dakwaan tersebut adalah benar.

Nuridzuan Abu Hassan menerima layangan kad kuning kedua pada minit ke-58 perlawanan.

Selang empat hari kemudian, Nuridzuan adalah pemain gantian untuk Faiz Nasir dalam perlawanan menentang Felda United di Piala FA.

Nuridzuan tampil sebagai pemain gantian pada minit ke-90 untuk Faiz Nasir.

Sebagai perbandingan, Renan Alves turut mendapat dua layangan kad kuning dalam perlawanan terakhir Liga Super yang lalu ketika menentang Felda United – sama seperti yang dihadapi oleh Nuridzuan ketika beraksi bersama Selangor.

Kes Renan Alves mirip Nuridzuan.

Untuk kes Renan Alves, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dipercayai telah membuat rayuan untuk membenarkan pemain tersebut beraksi di perlawanan akhir nanti.

“Kita sudah membuat semakan dengan MFL dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang menyatakan Renan akan digantung dalam perlawanan seterusnya iaitu final Piala FA, Sabtu ini selepas mengutip kad merah dalam aksi terakhir Liga Super.

“Ini berdasarkan peraturan tindakan tatatertib pertandingan kejohanan Liga Malaysia. Bagaimanapun, kita akan membuat rayuan segera kerana terdapat sedikit kekeliruan dalam perkara ini,” ujar Naib Presiden KFA, Anas Hafiz Mustafa sebelum ini.

video

SIDANG MEDIA KFA: ISU KAD MERAH RENAN, KFA AKAN BUAT RAYUAN AGAR DAPAT BERAKSI DI PERLAWANAN AKHIR SHOPEE PIALA FA

Mengenai perkembangan terkini kad merah Renan Alves dalam perlawanan terakhir Liga Super 21 Julai baru-baru ini, KFA telah mendapat maklumbalas dari MFL dan FAM, Renan Alves akan menjalani penggantungan 1 perlawanan berikutnya iaitu Perlawanan Akhir Shopee Piala FA. Ini adalah berdasarkan peraturan tindakan tatatertib pertandingan kejohanan Liga Malaysia.

Untuk makluman penyokong sebelum ini penggantungan hanya akan memberi kesan dalam perlawanan seterusnya dalam kejohanan yang sama tetapi dalam kes kad merah yang diterima dalam perlawanan terakhir sesuatu kejohanan, pengggantungan akan dijalankan dalam perlawanan seterusnya dalam kejohanan lain.

KFA akan membuat rayuan segera kepada MFL agar dipertimbangkan tafsiran penggantungan perlawanan seterusnya adalah dalam kejohanan Piala Malaysia dan bukan Shopee Piala FA. Menurutnya wajar dilihat semangat kejohanan dengan pemain telah berusaha bebas dari penggantungan dalam kejohanan yang sama sehingga ke peringkat Akhir dan peraturan penggantungan dalam kejohanan seterusnya perlu dilihat kejohanan yang akan bermula pada 2-4 Ogos ini iaitu Piala Malaysia.

Posted by Kedah FA – Persatuan Bolasepak Kedah – on Tuesday, July 23, 2019

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi mengenai status Renan Alves atau bagaimana pemain ini boleh digantung – tatkala kes yang serupa pernah berlaku – tetapi melalui nasib yang berbeza.

Kredit Foto hadapan: Gawangdotmy

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN