Status Bayaran Geran Tahunan MFL Diketahui 14 Disember

Antara perkara yang sering diperkatakan sepanjang saingan Liga Malaysia 2019 yang lalu ialah bayaran kedua geran tahunan atau hak penyiaran kepada pasukan Liga Malaysia.

Sehingga kini, status pembayaran tersebut masih kekal tidak diketahui, dan terus menjadi tanda tanya pasukan-pasukan bertanding.

Sebelum ini pasukan Liga Super dijanjikan habuan RM3 juta, manakala pasukan yang beraksi di saingan Liga Premier pula akan memperolehi RM1.5 juta.

#bolatime MFL tidak pernah berdiam diri untuk berusaha bagi memastikan pasukan menikmati pembayaran hak penyiaran…

Posted by Harian Metro on Thursday, July 4, 2019

Separuh daripada jumlah geran tersebut telah dibayar oleh Malaysian Football League (MFL) pada 15 Julai lalu. Bagaimanapun, baki bayaran yang sepatutnya dibayar 15 Ogos lalu belum dapat dilunaskan sehingga kini.

Perletakan jawatan Kevin Ramalingam selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL semalam turut menimbulkan lebih banyak tanda tanya akan status bayaran tersebut.

Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika ditanya Berita Harian mengenai perkara itu semalam berkata pertanyaan mengenaki baki geran berkenaan akan terjawab pada kongres khas MFL yang dijadualkan berlangsung 14 Disember ini.

“Kita akan adakan kongres khas dan kita akan bermesyuarat dengan semua pasukan bertanding untuk diberikan penerangan,” ujar Hamidin.

“Selepas itu kita akan buat pengumuman.”

Malaysian Football League akan cuba menyelesaikan pembayaran fasa kedua hak penyiaran liga bola sepak di ?? kepada semua…

Posted by FOX SPORTS Asia on Tuesday, September 24, 2019

Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak, Datuk Posa Majais pernah mendesak agar Kevin melepaskan jawatan ekoran tidak puas hati dengan cara Kevin mengenakan pemotongan dan pembayaran geran.

Isu ini kembali panas diperkatakan apabila ura-ura mengatakan adanya usul daripada pemegang taruh agar Kevin melepaskan jawatan pada Kongres MFL dijadualkan pada 14 Dis ini yang dijangka akan dihadiri semua wakil pemegang taruh Liga Malaysia.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN