Tidak syak lagi ia adalah malam untuk Angel Di Maria ketika PSG membelasah Barcelona.
Pemain antarabangsa Argentina itu menjaringkan 2 gol pada hari jadi beliau. Kedua-dua gol sangat cantik.
Ada ramai pemain yang cemerlang untuk PSG semalam. Namun yang menarik perhatian adalah aksi Adrien Rabiot.
Rabiot memulakan perlawanan dengan teruk apabila menerima kad kuning seawal minit ke-3.
Ia agak berisiko untuk menerima kad kuning terlalu awal. Ia mungkin menghalang pemain untuk lebih agresif ketika bertahan.
Namun ia tidak berlaku kerana Rabiot sangat yakin dan bertenaga ketika bertahan.
Posisi dan peranan
Rabiot menjadi pemain tengah pertahanan dalam formasi 4-3-3 PSG. Beliau digandingkan dengan Marco Verratti dan Blaise Matuidi.
Beliau menjadi pivot kepada pasukan. Terdapat pertukaran peranan yang aktif di antara ketiga-tiga pemain tengah PSG.
Statistik opta
Rabiot menjadi pemain PSG yang paling banyak menyentuh bola di dalam padang dengan 79 sentuhan.
Beliau juga menjadi pemain PSG yang merekodkan jumlah hantaran tertinggi dengan 55 hantaran. Kadar ketepatan hantaran beliau adalah 87%.
Rabiot menjadi pemain ke-2 terbanyak melakukan gelecekan yang berjaya dengan 4 kali melepasi lawan. Hanya Neymar yang di atas beliau semalam dengan 8.
Beliau melakukan 4 pintasan dan juga 3 bentesan tepat. Menjadikan persembahan beliau sangat dominan di bahagian tengah.
Memberikan masalah kepada pemain seperti Lionel Messi, Andre Gomes dan juga Iniesta.
https://twitter.com/WesBeuvink/status/831779039773851648
Rumusan
Ia satu aksi yang sangat baik daripada Rabiot. Beliau menjadi pemain yang kuat memberikan tekanan kepada Barcelona di blok tinggi.
Rabiot juga mencipta 1 peluang di dalam perlawanan ini. Mentaliti yang sangat kuat untuk berhadaan dengan kualiti Barcelona di tengah.
Anda harus menonton aksi PSG dan Barcelona kembali dan lihat aksi Rabiot di tengah padang.
Baca juga: Luis Enrique: “Saya Bertanggungjawab Diatas Kekalahan Ini”