Statistik Menunjukkan Lionel Messi Sedang Mengubah Gaya Permainannya

Lionel Messi

Andai menyebut tentang kualiti hebat dimiliki Lionel Messi, 635 gol yang dihasilkan pada 734 penampilan bersama Barcelona telah menceritakan segalanya sekali gus menjadikan beliau sebagai antara peledak unggul dalam sejarah bola sepak dunia.

Kelincahan serta penyudah hebat sentiasa menjadi senjata utamanya bagi mengecewakan setiap lawan dihadapi dalam satu-satu perlawanan.

Namun, dengan segala pencapaian hebat dikecapinya pada ketika ini, Messi merasakan sudah tiba waktunya buat beliau untuk memainkan peranan  yang lebih memfokuskan kepada kerja berpasukan.

Beliau juga dalam pada itu turut mengakui bahawa sudah semakin ‘hilang obses’ untuk meledakkan jaringan. Perubahan itu mungkin berkait rapat dengan faktor usianya yang sudah mencecah 33 tahun.

Keadaan itu sebenarnya sudah mula dapat disaksikan pada musim lalu apabila Messi berjaya mencipta 21 bantuan jaringan buat rakan sepasukannya yang mana ia merupakan rekod baharu buat kempen La Liga.

Jumlah jaringannya ketika muncul pemenang kasut emas La Liga 2018/19 dan 2019/20 juga memperlihatkan penurunan apabila Messi menghasilkan 25 jaringan pada musim lalu, kekurangan 11 gol berbanding pencapaiannya pada musim sebelumnya. Bagaimanapun terdapat peningkatan dalam bantuan jaringan dipamerkannya daripada 13 bantuan jaringan kepada 21.

”Hari ini, saya sudah semakin kekurangan obses dengan jaringan,” ujar Messi menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Saya cuba untuk menyumbang sebanyak yang saya mampu untuk pasukan.”

Menarik untuk disaksikan sekiranya Messi akan mendukung peranan baharu bersama Barcelona dan dengan keistimewaan dari segenap aspek terdapat dalam diri Messi mampu untuk memudahkan tugasan pemain lain seperti Ansu Fati dan Antoine Griezmann dalam menyempurnakan peluang.

Kredit featured image: Xavier Bonilla/NurPhoto via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Lionel Messi:

Tahukah Anda? Lionel Messi Hampir Sertai Chelsea Pada Tahun 2004

Lionel Messi: Apa Yang Saya Lakukan Untuk Kebaikan Barcelona

 

Ansu Fati: Lionel Messi Banyak Beri Nasihat Kepada Saya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN