Statistik Luar Biasa Natxo Insa Yang Buat Jentera Tengah Ulsan Hyundai Mati Kutu

Tumpuan kebanyakkan peminat dan pemerhati bola sepak tempatan mungkin tertumpu kepada Fernando Forestieri dan Bergson da Silva ketika JDT menewaskan Ulsan Hyundai dalam perlawanan peringkat kumpulan AFC Champions League (ACL) pada malam tadi.

Malah Bergson turut dinamakan sebagai penerima anugerah pemain terbaik selepas tamat perlawanan – untuk gol kemenangan yang dihasilkannya.

Sumbangan Forestieri dan Bergson sememangnya tidak dapat dinafikan. Namun bagi mereka yang menyaksikan 90 minit perlawanan, satu lagi nama yang wajar diberikan pujian ialah kapten pasukan, Natxo Insa.

Nafas kuda Harimau Selatan

Natxo Insa akan berusia 36 tahun pada 9 Jun hadapan. Beliau adalah pemain paling berusia di kalangan pemain kedua-dua pasukan yang beraksi pada malam tadi.

Namun menilai aksi sepanjang 90 minit perlawanan, sukar untuk membayangkan Natxo sedang meniti usia senja sebagai seorang pemain profesional dan sebenarnya boleh digelar pemain veteran.

Sumber: JST

Tidak mengenal penat lelah untuk berada di segenap padang berjuang membantu kemenangan pasukannya, mereka yang tidak mengetahui latar belakang pemain kelahiran Zaragoza ini berkemungkinan menjangkakan Natxo sebenarnya berusia sekitar 25 atau 27 tahun.

Kehadiran Natxo di jentera tengah JDT dalam perlawanan menentang Ulsan menghadirkan keyakinan dan ketenangan kepada rakan sepasukan yang lain untuk mengekalkan disiplin taktikal yang diterapkan Benjamin Mora sehingga ke akhir perlawanan.

Dalam erti kata lain, Natxo berfungsi mematikan ancaman Ulsan melalui bahagian tengah, memaksa pasukan dari Korea Selatan itu untuk beroperasi lebih kerap dari bahagian sisi.

Kehadiran Natxo juga secara tidak langsung adalah untuk melindungi bahagian pertahanan dan memudahkan tugas pemain menyerang untuk tidak terlalu memikirkan kerja-kerja bertahan. Secara keseluruhan kehadiran Natxo menghadirkan keseimbangan {composure) kepada pasukan pada setiap fasa permainan.

Statisik luar biasa Natxo Insa

Tidak keterlaluan jika kita sifatkan Natxo sebenarnya lebih layak menerima anugerah pemain terbaik perlawanan pada malam tadi.

Berdasarkan statistik yang diperolehi daripada SofaScore dan laman sesawang AFC, Natxo adalah pemain terbaik JDT berdasarkan beberapa attributes kepada pasukan.

Touch map Natxo Insa vs Ulsan Hyundai. Sumber: AFC.

Pertama, Natxo adalah pemain yang paling berjaya melakukan hantaran tepat iaitu sebanyak 28 hantaran. Dan menurut SofaScore, jumlah tersebut meliputi 87.5% ketepatan.

Statistik ini dianggap luar biasa mengambil kira intensiti perlawanan dan penguasaan bola yang lebih banyak dikawal oleh pasukan lawan.

Arah dan penerima hantaran oleh Natxo Insa vs Ulsan Hyundai.

Seperti dikatakan tadi, Natxo banyak membantu memberi keseimbangan kepada bahagian pertahanan JDT, sekali gus meneutralkan serangan Ulsan dari bahagian tengah.

Sepanjang 90 minit perlawanan, Natxo berjaya memenangi sembilan perebutan bola di atas padang (grounds duel), melakukan empat pintasan, selain enam hadangan (tackles).

Sebagai perbandingan, jumlah grounds duel, pintasan dan hadangan yang dilakukan oleh Natxo adalah lebih banyak daripada yang dihasilkan oleh Shahrul Saad atau Shane Lowry dalam perlawanan tersebut.

Kesimpulan

Berdasarkan statistik di atas, tidak dapat dinafikan Natxo Insa adalah salah seorang watak penting JDT untuk pasukan itu pergi lebih jauh di pertandingan ACL pada musim ini.

Bukanlah mahu menafikan sumbangan pemain lain di dalam pasukan, tetapi harus diakui kualiti Natxo dan konsistensi yang ditampilkannya sejak beberapa musim lalu amat penting untuk pasukan.

Oleh itu tahap kecergasan Natxo pasti akan akan menjadi antara perkara terutama yang akan dipantau oleh Benjamin Mora dan barisan kejurulatihan JDT dalam memastikan beliau mampu menampilkan aksi serupa dalam perlawanan-perlawanan mendatang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN