Kami bawakan statistik liga Super 2017 setakat ini. Liga Super sudah memasuki minggu perlawanan ke-5. Namun ada beberapa pasukan masih ada baki 1 ataupun 2 perlawanan setakat ini.
Ini laporan ringkas prestasi semasa 12 pasukan yang bertanding setakat ini.
1. Rentetan kemenangan (winning streaks)
Setakat ini tidak ada pasukan yang mampu melakukan lebih daripada 2 kemenangan berturut-turut. Pasukan yang berjaya melakukan 2 kemenangan beruturut-turut adalah Kedah, Pahang, Perak, T-Team, PKNS dan Kelantan.
2. Rentetan kekalahan (Losing streaks)
Pasukan Pulau Pinang paling teruk musim ini dengan 5 kekalahan berturut-turut daripada 5 perlawanan. Ia adalah kekalahan 100% dalam liga.
Mereka menjadi pasukan pertama yang kalah dalam kesemua 5 perlawanan pertama liga sejak francais Liga Super diperkenalkan pada 2004.
Anda boleh baca sejarah permulaan pasukan yang teruk di artikel Statistik: Adakah Pulau Pinang 2017, Pasukan Terburuk Memulakan 4 Perlawanan Pertama MSL.
3. Paling tajam
Pasukan Pahang menjadi pasukan yang paling tajam di hadapan gol dengan 14 gol daripada 5 perlawanan. Ratio gol per perlawanan untuk Pahang adalah 2.8 per perlawanan.
Ini diikuti PKNS dengan 11 gol daripada 5 perlawanan atau ratio 2.2 gol perlawanan ini.
Ketiga adalah Kedah dengan 2.0 gol per perlawanan setelah menjaringkan 10 gol daripada 5 perlawanan.
Daripada 3 senarai pasukan di atas ini, 2 penjaring terbanyak adalah daripada Pahang dan Kedah iaitu Matheus Alvez dan Baddrol Bakhtiar dengan masing-masing 4 gol setakat ini.
4. Paling tumpul
Pasukan Pulau Pinang hanya menjaringkan 1 gol daripada 5 perlawanan. Ini bermakna ratio gol mereka adalah 0.2 per perlawanan.
Ini diikuti Sarawak dengan ratio 0.8 per perlawanan selepas hanya menjaringkan 4 gol daripada 5 perlawanan.
5. Paling kental bertahan
Kelantan (3 perlawanan), JDT (4 perlawanan) dan Kedah (5 perlawanan) masing masing hanya melepaskan purata 1 gol per perlawanan setakat ini.
6. Paling bocor
Pulau Pinang adalah pasukan yang paling bocor dengan ratio 2.2 bolos per perlawanan. Ini selepas dibolosi 11 kali dalam 5 perlawanan.
Ini dikuti 3 lagi pasukan dengan rekod ratio 1.8 bolos per perlawanan iaitu Felda United, T-Team dan PKNS.
Rumusan
Ia permulaan yang sukar untuk Pulau Pinang. Pahang sudah 2 kali menang dengan jaringan 5 gol atau lebih awal musim ini.
Baddrol The Sniper berada dalam prestasi terbaik menjadi penjaring terbanyak berkongsi jumlah 4 gol dengan penyerang Matheus Alvez.
Kelantan masih gagal menang di Kota Bharu selepas 5 perlawanan terakhir mereka di sana adalah tanpa kemenangan. 4 kalah dan 1 seri!
Baca juga: Prestasi Semasa JDT, TMJ Yang Bersalah? Ini Pandangan Kami