Statistik; Penyerang Paling Konsisten Dalam Sejarah EPL, Di Mana Harry Kane

Sebelum ini Harry Kane menyatakan beliau sudah berada sebaris dengan penyerang yang bertaraf dunia sele[as menjaringkan gol ke-100 beliau.

Statistik ini boleh membantu anda memberikan penilaian ke atas kenyataan beliau.

Statistik ini adalah dikira berdasarkan konsistensi menjaringkan gol berdasarkan purata minit untuk setiap gol.

8. Robin Van Persie – 140 minit per gol

Robin Van Persie masih mampu mencipta kadar 144 minit untuk setiap satu gol meskipun beliau bukanlah terus bermain sebagai no.9 dalam karier beliau.

Van Persie secara keseluruhannya telah meledak 144 gol dalam EPL.

7. Luis Suarez – 139 minit per gol

Penyerang Uruguay ini kadangkala seperti dirasuk hantu gol. Beliau boleh melakukan gol dari sudut dan keadaan yang sukar dijangka.

Menamatkan tugasan di EPL dengan 69 gol sebelum berhijrah ke Camp Nou.

6. Diego Costa 137 minit per gol

Siapa sangka Costa sudah berada di tahap ini selepas musim suram pada musim lalu.

LONDON, ENGLAND – FEBRUARY 07 : Diego Costa of Chelsea during the Barclays Premier League match between Chelsea and Manchester United at Stamford Bridge on February 7, 2016 in London, England. (Photo by Catherine Ivill – AMA/Getty Images)

Costa setakat ini berjaya menjaringkan 48 gol di dalam EPL. Menjadi pemain penting Chelsea dalam revolusi Conte.

5. Javier Hernandez – 130 minit per gol

Beliau selayaknya digelar sebagai antara super sub terbaik dalam sejarah EPL. Ini kerana beliau kerap bermula dari kerusi simpanan dalam perlawanan liga.

Beliau masih mampu menjaringkan 37 gol walaupun kurang minit berbanding dengan penyerang lain.

4. Ruud Van Nistlerooy – 128 minit per gol

Seorang lagi spesis poacher seperti Hernandez telah masuk dalam senarai terbaik sepanjang zaman.

Nistlerooy telah meninggalkan EPL dengan rekod 95 jaringan. Beliau memang sangat semulajadi di depan gol.

3. Harry Kane – 127 minit per gol

Harry Kane ketika artikel ini ditulis berada di tangga ke-3. Ianya hasil daripada 66 gol yang sudah dijaringkan beliau dalam pertandingan EPL.

Kane telah menjadi penyerang penting Spurs sejak dipromosi ke pasukan utama beberapa musim lalu.

2. Thierry Henry – 122 minit per gol

Lagenda Arsenal berada di tangga ke-2. Beliau merekodkan 175 gol di EPL dalam 2 kali kemunculan di EPL.

Barcelona’s CarlesPuyol (l) and Rafael Marquez (r) close down Arsenal’s Thierry Henry

Kedua-duanya bersama Arsenal. Thierry Henry adalah simbol kepada penyerang yang memiliki naluri pembunuh luar biasa.

1. Sergio Aguero – 110 minit per gol

Di tangga teratas buat masa ini adalah penyerang Manchester City, Sergio Aguero.

Aguero setakat ini telah menyumbat 113 gol liga dalam karier beliau. Ketajaman beliau memang mimpi ngeri pihak lawan.

Baca juga: 10 Pemain Muda Kedah (Bawah-23) Berpotensi Besar Yang Perlu Anda Kenal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN