Statistik: Ranking Kadar Kesilapan Oleh Pemain Tengah Di Liga Utama Eropah

Global Soccer Network telah mengeluarkan 1 laporan tentang pemain-pemain tengah di liga-liga utama Eropah berdasarkan ratio/kadar kesilapan yang mereka lakukan.

Kadar ini dikira hasil nisbah kesilapan yang mereka lakukan dengan kadar aksi mereka di dalam padang.

Kesilapan ini termasuk yang mengakibatkan faul, terlepas bola kepada pemain lawan, kesilapan yang mencetuskan gol lawan dan lain-lain lagi.

Berdasarkan laporan Global Soccer Network, 10 ranking terendah berdasarkan jumlah kesilapan paling tinggi adalah:

[table]
Pemain,Kelab,Aksi,Kesilapan,Kadar Kesilapan,
1. Gonalons,Lyon,4356,45,10.33,
2. Casemiro,R. Madrid,4415,45,10.20,
3. Coquelin,Arsenal,2558,24,9.38,
4. Fernando,M.City,1296,11,8.49,
5. Bakayoko,Monaco,4644,36,7.75,
6. Kante,Chelsea,4136,32,7.74,
7. Matic,Chelsea,3780,28,7.41,
8. Krychowiak,PSG,1768,13,7.35,
9. N’zonzi,Sevilla,5405,39,7.22,
10. Busquet,Barcelona,5796,41,7.08,
[/table]

Berdasarkan 10 senarai teratas ini, ada beberapa pemain yang melakukan aksi lebih 4,000 aksi di dalam padang dalam semusim. Aksi ini bukan penampilan, ia merujuk kepada tindakan teknikal mereka di dalam padang.

(Photo by Rachel Holborn – CameraSport via Getty Images)

Nampaknya Casemiro perlu memperbaiki aspek kesilapan di dalam tindakan beliau di dalam padang selepas ini.

Baiklah, setelah melihat 10 terbawah, apa kata kita lihat senarai 10 teratas pemain dengan kadar kesilapan yang paling minimum.

[table]
Pemain,Kelab,Aksi,Kesilapan,Kadar Kesilapan,
1. Fabregas,Chelsea,2808,3,1.07,
2. Jorginho,Napoli,3906,12,3.07,
3. G.Castro,BvB,3483,12,3.45,
4. W.Carvalho,Sporting,5712,21,3.68,
5. Henderson,Liverpool,4292,16,3.73,
6. Koke,Atletico,6720,27,4.20,
7. Hererra,M.United,5355,22,4.11,
8. Naby Keita,Leipzig,3515,15,4.27,
9. Brozovic,Inter,3627,14,4.29,
10. Strootman,Roma,5000,25,5.00,
[/table]

Fabregas ternyata pemain yang kurang melakukan kesilapan. Namun ada beberapa pemain yang melakukan banyak aksi seperti Koke, Carvalho,Hererra dan Strootman.

Mereka boleh dikategorikan sebagai ada bebanan ‘workload’.

Koke dan Carvalho jelas sekali seorang pemain yang sangat aktif dengan kadar kesilapan yang kurang. Jordan Henderson jelas pemain tengah terbaik untuk Liverpool.

Data sebegini penting untuk jurulatih memilih gandingan yang sesuai di pivot mereka.

Itulah sebab kenapa musim lalu, Fabregas seringkali digandingkan dengan Kante untuk perlawanan menentang pasukan yang memiliki pemain lincah yang boleh memanipulasi kadar kesilapan Matic dan Kante.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN