Lima gol daripada 18 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), ia bukanlah satu statistik yang baik buat penyerang Liverpool Roberto Firmino yang bertindak sebagai pemain utama pasukannya bagi setiap perlawanan.
Bagi sebahagian penyokong Liverpool, keadaan tersebut mungkin tidak terlalu merisaukan kerana bebanan tugas untuk menjaringkan gol turut digalas oleh dua pemain lain iaitu Sadio Mane dan Mohamed Salah.
Gabungan tiga serangkai itu telah pun merekodkan 183 gol EPL di bawah kendalian Jurgen Klopp dalam empat musim terakhir.
https://twitter.com/eRadioUS/status/1350968903996997636?s=20
Penurunan jumlah gol setiap musim
Bagaimanapun pencapaian penyerang Brazil tersebut jelas menunjukkan penurunan dalam beberapa musim kebelakangan ini. Musim lepas Firmino yang beraksi dalam semua 38 perlawanan EPL hanya menjaringkan sembilan gol.
Berdasarkan rekod, catatan terbaik Firmino bersama The Reds adalah pada musim 2017/18 di mana penyerang berusia 29 tahun itu telah mengumpul 27 gol dalam semua pertandingan termasuk 15 gol dalam saingan EPL dan musim berikutnya pula beliau menyumbang 12 gol.
Liverpool gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan liga terakhir mereka termasuk ketika terikat tanpa jaringan dengan Manchester United di Anfield tempoh hari.
Klopp isn't worried about Roberto Firmino's lack of Liverpool goals 🤔
"I don’t know when it becomes a problem for me.
"It’s not even close to becoming a problem.
"For me, it’s about how important he is, how influential he is for the team." pic.twitter.com/TyWUE5aq2P
— GOAL (@goal) October 17, 2020
Demi kelangsungan pasukan
Dalam sejarah mana-mana pasukan EPL sekalipun, tiada trio yang dapat kekal untuk tempoh yang terlalu lama, pastinya akan ada satu pemain yang terpaksa ‘dikorbankan’ untuk memastikan kelangsungan pasukan.
Contohnya gandingan Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney dan Carlos Teves (Manchester United), Thierry Henry, Robert Pires dan Dennis Bergkamp (Arsenal), Didier Drogba, Arjen Robben dan Damien Duff (Chelsea) serta Sergio Aguero, Raheem Sterling – Leroy Sane (Manchester City).
Semua gandingan ini hanya mampu bertahan hanya dalam beberapa musim sahaja sebelum pasukan membuat rombakan sama ada disebabkan perpindahan pemain mahupun penurunan prestasi.
We've seen some brilliant @premierleague attacking trios in title-winning teams over the years. But which trio has been the best? 🐐 pic.twitter.com/vJHW4o2h5u
— SuperSport 🏆 (@SuperSportTV) July 12, 2020
Selepas empat musim mengekalkan gandingan yang sama, mungkin sudah tiba masanya untuk Klopp memikirkan mengenai kedudukan Firmino kerana jelas Mane dan Salah masih berada pada tahap terbaik bersama pasukan.
Jota ganti Firmino?
Kini mereka sudah pun mempunyai Diogo Jota yang beraksi cemerlang sejak menyertai Liverpool dari Wolverhampton Wanderers pada awal musim ini.
Penyerang Portugal tersebut telah mencuri perhatian dengan kreativitnya dalam mengkucar-kacirkan pertahanan lawan setiap kali diberikan peluang untuk beraksi.
Gerakannya yang bijak mencari ruang dalam kotak penalti membuktikan kemampuannya selaku penyerang yang diperlukan Liverpool terutamanya dalam tempoh sukar ketika ini.
▪ Diogo Jota
▪ Roberto Firmino
▪ Sadio Mane
▪ Mohamed SalahLiverpool going all in against Man City.
How will they line-up? 🤔
📻 Listen: https://t.co/B0PYRrsYsH
📲 Follow: https://t.co/Yz9LUOG1WP #bbcfootball #MCILIV pic.twitter.com/sv7LEqLM7p— BBC Sport (@BBCSport) November 8, 2020
Beliau yang kini diketepikan kerana kecederaan lutut dilaporkan akan kembali bersama pasukan dalam tempoh dua bulan.
Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah Firmino wajar dikekalkan ataupun tidak?
Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Roberto Firmino dan Liverpool:
John Aldridge: Firmino Bergelut Pamer Kehebatan, Liverpool Perlu Penyerang Baharu
9 Pemain Liverpool Yang Belum Pernah Dinodai Oleh Kekalahan Di Anfield