Statistik Ini Buktikan Kenapa Fayadh Zulkifli Masih Belum Layak Sarung Jersi Malaysia

Baru-baru ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengeluarkan senarai pemain kebangsaan yang bakal beraksi untuk saingan King’s Cup di Chiang Mai, Thailand dengan beberapa perubahan telah dibuat.

Tanpa kelibat penyerang sensasi negara iaitu Guilherme de Paula, ada beberapa muka baharu telah disenaraikan oleh Kim Pan-gon seperti Zhafri Yahya serta Declan Lambert untuk berlepas ke Chiang Mai.

Namun ada beberapa pemain yang dianggap sangat menyerlah dalam saingan liga ketika ini yang tidak dipanggil dan ia mencetuskan beberapa persoalan dalam kalangan pemerhati bola sepak negara.

Antara disebut ialah khidmat pemain sayap lincah Kedah Darul Aman (KDA), Fayadh Zulkifli, apabila nama beliau langsung tidak tersenarai walaupun dalam barisan menunggu.

Fayadh pada musim ini dilihat berjaya mencipta sesuatu yang sangat positif bersama KDA dari segi rekod penghasilan gol dalam saingan tempatan atau ketika dalam aksi Piala AFC lalu.

Rekod jaringan pemain kelahiran Baling, Kedah tersebut ketika ini juga sangat baik apabila Fayadh sudah pun meledak 10 gol keseluruhan dalam semua aksi disertai KDA sehingga kini.

Berdasarkan jumlah jaringan tersebut, boleh dikatakan Fayadh mempunyai kualiti yang baik dari segi penghasilan gol buat pasukan meskipun kerap diturunkan sebagai pemain simpanan.

Namun berdasarkan pengamatan semasa, Fayadh Zulkifli ketika ini dilihat masih belum cukup dari segi kualiti diperlukan untuk beraksi di pentas antarabangsa bersama Harimau Malaya.

Bersama KDA, pemain ini lebih banyak beroperasi di posisi sayap kanan dan kiri untuk memberi nilai tambah dari segi intensiti permainan pasukan.

Namun, Fayadh juga boleh beraksi dengan agak baik di posisi pemain tengah serangan dan sesekali digunakan oleh Aidil Sharin Sahak untuk nencatur sesuatu buat pasukan.

Menurut penulis bebas bola sepak Kedah iaitu Azlee Harun, beliau menyatakan Fayadh ketika ini masih lagi banyak perlu dipersiapkan sebelum muncul selaku salah seorang pemain kebangsaan.

Penulis tersebut menyifatkan sebagai seorang yang agak gopoh, namun sentiasa boleh diharap ketika dimasukkan pada separuh masa kedua.

Pemain berketinggian 160 sentimeter itu juga perlu memperbaiki banyak lagi aspek lain terutama sekali dari segi teknikal untuk bermain secara ‘build up play’, kerana Fayadh lebih sesuai beraksi dalam situasi serangan balas dan agak ‘direct’.

Walaupun begitu, Fayadh bukan tidak berpeluang langsung untuk beraksi bersama skuad kebangsaan pada masa akan datang, cuma ketika ini lebih ramai pemain di posisi tersebut lebih baik berbanding beliau dari segi teknikal serta kesesuaian dalam corak permainan intensiti tinggi.

Azlee juga turut membuat statistik mengenai pemain tersebut bersama sedikit ulasan mengenai persembahan semasa Fayadh bersama KDA.

FAYADH ZULKIFLI (Sayap kiri / Pemain tengah menyerang / Sayap kanan) – Pemain simpanan / bukan pemain utama

Hantaran – 55% (tepat)

Hantaran Lintang – 50%

Percubaan – 69%

Penguasaan Bola – 54%

Kadar kerja– 68%

Nisbah pergerakan –

Zon luas – 65%

Ruang separuh – 15%

Pusat paksi – 20%

Zon aktif – 13 , 14 , 15 , 17

FAYADH ZULKIFLI

(Sayap kiri / Tengah menyerang / Sayap kanan)

Ketinggian – 1.60 m

Umur – 24

Negara – Malaysia

Ketepatan hantaran- 5.5

Kebolehan bertahan – 3.8

Perebutan bola di udara – 3.5

Perebutan bola di padang – 4.5

Kepantasan – 7.8

Kebolehan mengambil pihak lawan – 6.8

Pintasan – 5.7

Bentesan – 4.1

Tandukan – 3.5

Stamina – 6.9

Kawalan bola – 7.3

Agresif – 6.6

Kekuatan sepakan – 6.5

Kebolehan meledak gol – 7.9

Kadar kerja – 7.3

Kerja berpasukan – 6.4

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN