Leicester awalnya dijangka akan berhadapan dengan masalah di bahagian pertahanan selepas kehilangan Harry Maguire kepada Manchester United.
Mereka juga memiliki masa yang sangat singkat untuk mencari pengganti ketika itu. Namun Leicester berjaya juga mendapatkan pemain Turki, Caglar Soyuncu.
Soyuncu telah menjadi pemain yang sangat cemerlang setakat ini untuk Leicester. Kenaikan mendadak pada prestasi beliau membuatkan Soyuncu menarik minat banyak kelab besar Eropah yang lain.
Sky Sports mengeluarkan satu paparan statistik pasukan bimbingan Brendan Rodgers itu setakat ini.
Setakat ini, mereka berada di tangga kedua di belakang Liverpool dan di atas Manchester City selepas 15 perlawanan.
Leicester jelas sekali menjadi pasukan dengan pertahanan terbaik setakat ini.
Leicester menjadi pasukan no.1 dari segi bolos yang paling sedikit dengan hanya bocor 9 kali sahaja.
Ini juga dibantu kerana mereka melakukan 7 clean sheet setakat ini.
Seterusnya, mereka juga masih belum melepaskan sebarang gol menerusi situasi bola mati.
Dari segi bentesan, mereka melakuka 20.9 bentesan per perlawanan – yang paling agresif setakat ini.
Bukan sahaja kental di backline terakhir, secara berpasukan mereka berjaya melindungi zon pertahanan mereka daripada serangan. Oleh itu, hanya purata 2.9 percubaan ke arah gawang mereka – yang dicatatkan.
Ini adalah rumusan secara grafik.
Ketika di Liverpool Brendan Rodgers dianggap jurulatih yang lemah dalam pembentukan aspek bertahan dan sangat bagus untuk serangan.
Namun statistik di atas membuktikan Brendan Rodgers jelas sekali sudah menaikkan aspek pertahanan dalam pengurusan taktikal beliau.